Trending
Netizen Terkejut Majlis Kahwin Macam Upacara Agama Lain, Ibu Pengantin Beri Penjelasan
Majlis resepsi bertema ‘garden wedding’ anak Datin Mahfuzah disangka upacara agama lain.
Majlis perkahwinan mewah dengan tema ‘garden wedding’ milik anak kepada penerbit Datin Mahfuzah Zakkiah Abdain menjadi bualan hangat netizen apabila ada yang mendakwa ia menyerupai upacara agama lain.
Namun segala spekulasi itu telah dijelaskan oleh Mahfuzah sendiri. Memetik laporan xtra, anaknya iaitu Putri Darweena Natasya sudah pun sah bernikah pada 8 Jun lalu di Al Manaar, London bersama jejaka pilihan hatinya.
“Ramai salah faham…”
Majlis yang menjadi bualan ramai itu sebenarnya hanyalah majlis resepsi bertemakan ‘garden wedding’ yang berlangsung pada 16 Jun di luar negara.
Ramai salah faham. Ada yang kaitkan dengan upacara agama lain apabila melihat foto majlis anak kesayangan saya. Foto dan video yang viral itu adalah sedutan majlis resepsi yang diadakan pada 16 Jun lalu.
Beliau menegaskan bahawa tiada sebarang unsur agama lain dalam majlis tersebut dan semuanya telah mengikut adat serta syariat yang betul.
Jelasnya lagi, tidak salah pengantin memilih resepsi tema ‘garden wedding’ dan memakai pakaian begitu kerana pihak lelaki berasal dari London.
Tidak ambil hati, hanya harapkan doa

Walaupun dikecam, Mahfuzah tidak menyimpan dendam terhadap komen negatif yang dilemparkan.
Sebaliknya, beliau berharap orang ramai dapat mendoakan kebahagiaan anak perempuannya yang baru sahaja menamatkan pengajian dalam bidang undang-undang.
Pssttt! Dalam kes ini, jelas majlis hanyalah resepsi bertema yang sah dan tiada unsur luar agama. Diharapkan netizen lebih berhati-hati sebelum menjatuhkan hukum, apatah lagi apabila melibatkan maruah dan kebahagiaan keluarga.
Kredit: xtra
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
Amyrul Bakhtiar Kongsi Kisah Hidup Sebelum Viral Dan Lagu Raja Gelek Perodua | Oh! Podcast Ep26
OH! MEDIA 24/04/2026 7:45 PM