Oh! Artis
Fikry Ibrahim Jawab Tuduhan Isteri Tak Tahan Sebab Kena Jaga Ibunya
Fikry Ibrahim nafi tuduhan netizen kononnya terpaksa kahwin dan isteri tak bahagia sebab kena jaga mak mentua di Kedah.
Pelakon dan pengacara, Fikry Ibrahim akhirnya tampil menjawab isu rumahtangga yang dikaitkan dengan dirinya kini.
Dalam siaran langsung bersama Melodi, Fikry menafikan dakwaan netizen bahawa dia dan isteri berkahwin paksa.
Fikry jawab kontroversi rumahtangga secara live di Melodi
Jelasnya, mereka saling mencintai dan tiada istilah ‘terpaksa’. Perkahwinan yang berlaku pada Februari lalu atas dasar cinta yang ikhlas.
Fikry juga menafikan tuduhan bahawa isteri terpaksa menjaga ibunya di kampung kerana isteri sentiasa berada di sisinya.
Jika dia pulang ke Kuala Lumpur (KL), isteri akan ikut ke KL. Jika Fikry pulang ke Kedah, isterinya juga akan ikut ke Kedah. Malah, ada kadang kala isteri tinggal di KL dan dia seorang diri pulang ke Kedah.
Macam dia (netizen) duduk dengan mak aku pula kan. Isteri aku ikut aku ke mana saja.
Isteri ke mahkamah kerana mahu tarik kes cerai

Kata pelakon ini lagi, isterinya tampil di mahkamah pada pagi Khamis kerana mahu menarik semula penceraian yang dibuat pada Mei lalu.
Biasalah kita manusia, sedangkan lidah lagi tergigit apatah lagi suami isteri. Selagi mana saya sebagai suami mengambil tanggungjawab sebagai ketua keluarga, saya berjanji dan bersumpah untuk jaga isteri saya dengan baik. Selagi mana saya mampu, saya akan pertahankan keluarga saya.
Tambahnya, prosiding ditangguhkan ke tarikh baru kerana tidak mahu melihat mahkamah seperti dipermain-mainkan. Iyalah, kejap nak cerai kejap tak mahu cerai kan.
Amyrul Bakhtiar Kongsi Kisah Hidup Sebelum Viral Dan Lagu Raja Gelek Perodua | Oh! Podcast Ep26
OH! MEDIA 24/04/2026 7:45 PM