Oh! Artis
Farid Kamil Lakukan Ini Demi Selamatkan Rumahtangga Bersama Diana Danielle
Pelakon terkenal, Farid Kamil kini berusaha untuk menyelesaikan kemelut rumah tangganya bersama isteri tercinta, Diana Danielle.
Menurut laporan Harian Metro, Farid memaklumkan hasratnya untuk menjalani proses Jawatankuasa Pendamai (JKP) di pejabat agama bagi mencari jalan penyelesaian terhadap isu perceraian mereka.
Wakil JKP sudah dilantik

Menurut peguam Farid, Fakhrul Azman Abu Hassan berkata yang proses JKP bertujuan membuka ruang perbincangan di antara kedua-dua belah pihak termasuk kemungkinan untuk berdamai.
Proses JKP akan diadakan di pejabat agama, dan keputusan akan disebut pada 24 Mac depan. Jika mereka ingin berbincang untuk berdamai, memang tiada masalah.
Farid Kamil kekal pendirian tidak mahu berpisah

Farid juga menegaskan bahawa dia masih berharap agar rumah tangga mereka dapat diselamatkan.
Saya hanya perlukan doa yang baik-baik. Pendirian saya masih kekal mahu bersama Diana.
#OhmediaNasihat
Setiap rumah tangga pasti diuji, namun komunikasi yang baik adalah kunci utama menyelesaikan konflik. Sama-sama kita doakan yang terbaik buat Farid dan Diana demi masa depan keluarga mereka.

Jap!
Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: Harian Metro
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM