Connect with us

Oh! Media

“Saya Ingin Hentikan Segala Sengketa Sesama Kita”- Remy Ampang Tampil Mohon Maaf

Ohmedia ateyn Featured Image   2024 10 09t143108787

Trending

“Saya Ingin Hentikan Segala Sengketa Sesama Kita”- Remy Ampang Tampil Mohon Maaf

Penganjur Honda Day 2024, Remy Ampang telah tampil memohon maaf atas kesilapan yang dibuat sepanjang acara itu berlangsung.

Menerusi satu hantaran di Facebook, Remy meminta supaya semua orang untuk berhenti berbalah di media sosial tentang hadiah lucky draw yang ditajanya itu.

Screenshot 2024 10 11 200845

Katanya, dia dan pasukan telah mengambil ikhtibar dan jadikan pengajaran terhadap kekurangannya ketika mengendalikan acara tersebut.

IKLAN

Saya dan krew Honda Day Malaysia 2024 mengakui kesilapan kami sebagai penganjur acara yang sepatutnya bertanggungjawab untuk memastikan segala hal yang berkaitan agar berjalan lancar dan sempurna termasuklah hadiah yang ditaja.

Dengan ini, saya menghentikan segala sengketa sesama kita sampai setakat ini sahaja, dan menyambung kembali ukhwah sebagai sahabat dan keluarga dalam dunia permotoran.

Kami akan mengambil iktibar dan pengajaran dari apa yang terjadi, dan akan berusaha untuk memperbaiki segala khilaf dan kekurangan pada masa akan datang.

Susulan itu, Remy berharap agar orang ramai tetap memberi sokongan terhadapnya untuk acara yang akan datang.

Akhir sekali, saya dan krew Honda Day Malaysia 2024 memohon maaf kepada semua pihak atas apa yang telah berlaku.

Mohon kita semua sebagai satu keluarga, rakyat Malaysia untuk menghentikan segala kecaman sesama kita, dapat terus bersatu padu demi membersihkan dan menaikkan kembali nama baik keluarga Honda.

Saya menyusun sepuluh jari memohon semua untuk terus sokong kami selepas ini untuk acara-acara yang akan datang.

Terdahulu, Remy Ampang telah tular kerana menghadiahkan kereta Honda lama kepada pemenang lucky draw.

Selepas dikecam netizen, dia telah menggantikan kereta Honda Accord SM4 kepada BMW F30.

Walaubagaimanapun, isu itu menjadi bualan netizen semula selepas ada satu pengguna Facebook iaitu SCRUT telah mendakwa hadiah kereta BMW F30 tersebut pernah mengalami kemalangan ‘high severity’.

Ohmedia ateyn Featured Image   2024 10 09t143108787

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Facebook Remy Ampang


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Nurul Fatin
Fatin merupakan bekas penulis separuh masa di Oh! Media, gemar menjelajah dunia dan berkongsi pengalaman serta pandangan uniknya melalui penulisan, memberikan inspirasi kepada pembaca untuk terus eksplorasi dunia.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas