Oh! Artis
Individu Sebar Rakaman CCTV Dan Mendedahkan Sesuatu Tentang Datuk Seri Siti Nurhaliza Undang Perhatian Ramai
Terdapat satu perkongsian yang mendedahkan tentang Datuk Seri Siti Nurhaliza telah mengundang perhatian ramai. Apa benda tu?
Menerusi X, seorang individu berkongsi cerita mengenai perbuatan mulia penyanyi itu di saat pengarah, Yasmin Ahmad terkena serangan jantung.

Ketika Allahyarham Yasmin diserang serangan jantung, Siti turut berada dalam bilik yang sama di Sri Pentas pada 23 Julai 2009.
Kemudian, penyanyi itu sempat memberikan bantuan pernafasan (CPR) sebelum pengarah itu dikejarkan ke hospital.
Bukan tu jer, individu itu juga ada berkongsi satu video rakaman CCTV yang menunjukkan Datuk Seri Siti Nurhaliza bersama-sama pasukan penyelamat yang lain ketika kejadian. Baiknya hati!

Razaisyam Dan Aedy Dedah Realiti Kerja Dengan Bront Palarae Dalam Filem Tarung | Oh! Podcast Ep27
OH! MEDIA 08/05/2026 8:30 PM