Trending
Dua Anggota Polis Ditahan Selepas Membuat Pemerasan Wang Terhadap Warga Asing
Tular satu video menunjukkan 2 orang anggota polis yang bertugas di IPD kajang sedang memeras ugut warga asing di Jalan Taming Sari.
Sejurus insiden tersebut, mangsa yang merupakan warga asing telah membuat laporan polis berkaitan video tular semasa kejadian pemerasan itu berlaku.
Hasilnya 2 anggota itu telah ditahan mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan dan direman bermula hari ini sehingga esok.
Polis Kontinjen Selangor tidak akan melindungi mana mana pegawai kanan polis mahupun pegawai rendah polis yang didapati terbabit dalam kesalahan jenayah. – Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan.
Kesimpulannya, jangan sesekali menggunakan kuasa yang ada untuk memeras ugut bagi mendapatkan wang atas angin. Kalian perlu amanah ketika menjalankan tugas.

Jap!
Baca dulu respon netizen di Facebook…
Rujukan kami: – Harian Metro
Amyrul Bakhtiar Kongsi Kisah Hidup Sebelum Viral Dan Lagu Raja Gelek Perodua | Oh! Podcast Ep26
OH! MEDIA 24/04/2026 7:45 PM