Connect with us

Oh! Media

Terkini! Polis Tahan Bapa Baby Syifa, Didakwa Seleweng Urusan Yuran Guaman

Anggota polis maut rr nilai ohmedia

Trending

Terkini! Polis Tahan Bapa Baby Syifa, Didakwa Seleweng Urusan Yuran Guaman

Bapa kepada Baby Syifa yang meninggal dunia di pusat asuhan pada tahun 2022 kini ditahan polis pada petang semalam.

Menurut laporan Harian Metro, lelaki itu ditahan susulan kes penipuan dalam urusan yuran guaman dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. Perkara tersebut dikatakan sendiri Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil iaitu Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf.

Sebelum ini bapa kepada Baby Syifa itu didakwa menyeleweng dana hasil sumbangan orang ramai kepada akaun syarikatnya, YY Community Center.

IKLAN

Bekas peguam kepada keluarga Baby Syifa, Hafiz Norkhan sebelum ini ada menafikan yang proses mewakili kes itu menggunakan wang hasil sumbangan tersebut.

Bukan tu jer, Hafiz juga akui yang dia mula sedar mengenai perkara itu dan namanya telah digunakan selepas mangsa dan pengadu lain memberitahunya sebelum membuat laporan polis. 

Untuk info, Baby Syifa meninggal dunia pada 23 Februari selepas ditemui tidak sedarkan diri. 

Pada awalnya, Baby Syifa ditidurkan dalam buaian sebuah bilik oleh pengasuh dan lehernya dipercayai telah tersangkut pada kain buaian itu kira-kira jam 3 petang di sebuah pusat asuhan di Senyadan, Negeri Sembilan.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media. 

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas