Oh! Artis
Nama Syazwan Zulkifli Pula Dipetik Tergamak Belasah Kekasih, Ini Respon Tuan Badan
Sebelum ini Ammar Alfian menafikan dakwaan mengenai laporan seorang pelakon lelaki berbadan sado tergamak membelasah kekasihnya. Kali ini, nama Syazwan Zulkifli pula kena petik.
BACA: Nama Ammar Alfian Dipetik Belasah Teman Wanita, Tuan Badan Akhirnya Beri Respon
Menurut laporan Oh! Bulan, ada segelintir netizen yang menuduh dan mengaitkan Syazwan dengan berita tersebut menerusi ruangan komen di satu hantaran di Instagram miliknya.
Pelakon lelaki itu walau bagaimanapun menafikan dakwaan itu dan meminta agar netizen selidik terlebih dahulu sebelum menunding jari.
Brother, itu bukan gua brother. Malu lah sikit main tuduh-tuduh orang macam ini.
Sebelum ini kecoh apabila seorang pelakon lelaki berbadan sado yang pernah berlakon dalam sebuah filem box-office tergamak membelasah kekasihnya di sebuah kondominum di Damansara.
Pelakon itu didakwa memukul mata dan badan kekasihnya itu semasa pertengkaran antara mereka berlaku.
Kredit: Oh! Bulan | Instagram Syazwan Zulkifli
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM