Oh! Artis
Nama Ammar Alfian Dipetik Belasah Teman Wanita, Tuan Badan Akhirnya Beri Respon
Sebelum ini kami ada melaporkan yang seorang pelakon lelaki berbadan sado tergamak membelasah kekasihnya. Ada yang petik nama Ammar Alfian. Biar betul?
BACA: Pelakon Lelaki Berbadan Sado Ini Tergamak Tumbuk Mata Dan Badan Teman Wanita Sebab Ini
Menurut laporan mStar, Ammar tampil menjawab tuduhan tersebut dengan membalas satu komen dari seorang individu yang memetik namanya di perkongsian mengenai perkara itu.
Bukan aku gila.
Pelakon lelaki itu juga ada membalas komen lain dengan mengatakan janganlah disebabkan sebelum ini dia banyak memegang watak ‘jahat’ dalam filem atau drama, orang tuduh dia yang buat perkara itu.
Tahulah muka aku jahat. Lepas ni produser tolong beri watak ustaz. Aku nak babak solat dan menangis dalam masjid.

Sehingga kini masih belum diketahui siapakah pelakon yang membelasah teman wanitanya itu. Jangan main tuduh-tuduh. Tak baik!
Kredit: mStar
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM