Connect with us

Oh! Media

#JUADAH Ini 9 Makanan Paling Popular Laku Keras Ketika Bulan Ramadan

Makanan popular bulan ramadan ohmedia

Oh! Tidak

#JUADAH Ini 9 Makanan Paling Popular Laku Keras Ketika Bulan Ramadan

Bazar Ramadan sememangnya destinasi yang ramai akan pergi untuk mencari juadah berbuka puasa di bulan yang mulia ini. Tak cari restoran dah!

Mana tidaknya, dekat bazar ada banyak pilihan makanan dan minuman yang boleh dipilih mengikut citarasa masing-masing. 

Haa, ini kami kongsikan 9 juadah paling popular yang ramai akan beratur sampai berpeluh-peluh demi mendapatkannya.

IKLAN

Nasi Arab Lamb Shank

899588f3 7095 4970 9ba3 75c8dc28bba0

Chef apa yang hot jual lamb shank dekat Shah Alam tu? Haa, kalau dekat bazar lain pun confirm ada. Walaupun harga dia agak mahal, tapi masih ramai yang beli sebab sedap dan mungkin dah jadi trend.

Roti John

C42d5948 a45b 439d a69e 3d50415f754a

Roti john ni hari biasa orang tak berapa nak cari, tapi kalau bulan puasa dia yang paling laku keras! Tambah lagi sekarang ni dah ada macam-macam jenis roti john, siap ada yang letak cheese lagi.

Martabak

1a9fbb37 879c 4159 aaf4 6a55ab5bf5c5

Martabak sememangnya menjadi pilihan nombor satu setiap keluarga untuk dijadikan makanan sampingan ketika berbuka puasa. Paling syahdu kalau dapat inti yang tebal dan sedap!  

Kebab

B2a79eb4 1f58 42e2 8845 f1b0240f8dd1

Kebab adalah ayam atau daging panggang yang dihiris-hiris dan dibalut dengan roti. Makan kebab pun dah kenyang dan kita tak perlukan makanan berat lain dah! 

Sate

780603cc ac2e 4ebf 8fd4 13d88f2184d5

Rasanya tak kira hari atau bulan apa pun, sate ni sentiasa menjadi pilihan ramai tambah lagi pada waktu malam. Sebab tu sate juga dah jadi makanan yang orang cari masa bulan puasa ni.

Ayam percik

B8ac2ef3 88ae 4e98 9c66 f5d87e6e4871

Confirm akan ada ayam percik ni walau dimana saja bazar yang korang pergi sebab ianya salah satu makanan kegemaran ramai masa berbuka nanti, makan pula dengan nasi. Pergh! Memang layan..

Kuih tepung pelita 

F396ab81 90ab 419f b4f0 0ef9aad4897d

Kuih tepung pelita ini adalah kuih tradisional tapi orang muda pun sukakannya. Kalau nampak jer confirm beli sebab mak pesan kan? Kah!

Putu bambu

401fd832 d658 4f49 b07a 348c6b03db81

Putu bambu juga adalah kudapan tradisional yang menjadi kegilaan ramai tak kisah peringkat umur. Daripada datuk nenek, mak ayah, anak-anak memang suka! Tapi nak dapat yang betul-betul sedap agak susah sikit sekarang ni.

Air katira

8e6bd89f 5d3b 493b bf19 8a51705c729b

Kalau bukan bulan Ramadan memang susah nak cari air katira. Kalau bulan puasa pun mungkin tak ramai peniaga yang jual sebab bahan dia sukar untuk diperoleh. Tapi kalau sekali dapat, serius nak lagi!

Dalam keterujaan membuat persiapan berbuka puasa bersama keluarga, penting juga untuk kita menjaga kebersihan diri ketika berada di luar rumah.

Jangan lupa untuk melindungi diri korang dan keluarga daripada bakteria dengan Krim Mandian Antibakteria Safi yang membasmi 99.9% kuman. Barulah confident nak cari makanan favourite korang dekat bazar nanti!

Kekal terlindung ketika membeli juadah berbuka! #SafiMalaysia #SAFIShower

Cd507cb8 e6a6 4719 9495 2ca27320e3f3

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas