Connect with us

Oh! Media

Proton Tampil Beri Penjelasan Tentang Insiden X90 Terbakar

Ohmedia proton

Oh! Gear

Proton Tampil Beri Penjelasan Tentang Insiden X90 Terbakar

Baru-baru ini, tular satu video yang memaparkan insiden kebakaran di bahagian belakang kabin model Proton X90 sehingga meraih perhatian netizen. 

Dalam pada itu, ada juga segelintir netizen yang mendakwa kepulan asap putih yang menyelubungi ruang kabin kenderaan utiliti sukan (SUV) itu  berpunca akibat letupan bateri hibrid.

Susulan insiden itu, Proton tampil memberi penerangan mengenai klip video tular itu dengan menyatakan pihaknya sudah sedia maklum mengenai insiden tersebut.

IKLAN

Malah, unit X90 yang terbakar itu kini berada di dalam simpanan mereka.

Whatsapp image 2023 08 23 at 125051 pm

Tambahan, pengeluar itu turut menjelaskan siasatan teliti sedang dilakukan dan Proton akan memberi kerjasama kepada pihak berkuasa berkaitan untuk menentukan punca kejadian kebakaran berkenaan.

Kami juga ingin menjelaskan bahawa tiada letupan yang disebabkan oleh bateri hibrid ringan (48v) Proton X90. Kami memahami kebimbangan orang ramai dan memohon kerjasama untuk mengelak daripada terlibat dalam perbincangan spekulatif dan ingin menekankan bahawa siasatan masih diteruskan.

Di PROTON, kualiti dan keselamatan produk adalah keutamaan kami dan oleh itu, kami ingin memberi keyakinan kepada pengguna semua model Proton bahawa kenderaan mereka dihasilkan untuk memenuhi piawaian tertinggi. Setiap unit akan menjalani pemeriksaan kualiti dan keselamatan yang ketat sebelum dihantar kepada pelanggan kami yang dihargai.

BACA: Ini Rupa Proton X90, SUV Hybrid Yang Pertama!

Terdahulu, syarikat Proton telah berjaya mengeluarkan kenderaan SUV Hybrid yang pertama iaitu Proton X90.

Kredit: Facebook

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Nini Hashim
Nini Hashim, bekas penulis separuh masa di Oh! Media, cemerlang dalam menghasilkan artikel berkaitan isu trending dan hiburan, menjadikan setiap penulisannya segar dan menghiburkan pembaca.
  • Proton x90 terbakar
  • Whatsapp image 2023 08 23 at 125051 pm
  • Ohmedia proton
  • Proton x90 terbakar
  • Whatsapp image 2023 08 23 at 125051 pm
  • Ohmedia proton

Lagi dalam kategori Oh! Gear

Ke Atas