Connect with us

Oh! Media

Dato Seri Vida Tampil Anggun Berbusana Hitam, Tapi Lain Pula Yang Netizen Nampak

Ohmedia dato Seri Vida

Oh! Artis

Dato Seri Vida Tampil Anggun Berbusana Hitam, Tapi Lain Pula Yang Netizen Nampak

Usahawan kosmetik sensasi, Dato Seri Vida tampil anggun dengan menggayakan busana hitam sewaktu menghadiri sebuah acara baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di laman Instagramnya, DSV mengenakan busana kembang berona serba hitam.

Malah, busana itu juga menggunakan elemen kain jenis net yang merupakan rekaan pereka fesyen terkenal tanah air.

IKLAN

Dato Seri Vida

Dato Seri Vida juga mengenakan busana itu bersama seutas beg tangan berjenama mewah dan rantai dengan loket besar berwarna ungu dilehernya.

Namun, disebalik perkongsian busana elegen itu lain pula yang meraih perhatian dan pelbagai reaksi netizen.

Meninjau ke ruangan komen, ada segelintir netizen mengatakan penampilan usahawan itu persis watak Ursula menerusi filem Little Mermaid.

Dato Seri Vida

Sementara itu, rata-rata netizen ada juga yang memuji penampilan Vida yang berasal dari Kelantan itu kelihatan begitu anggun dan elegen.

BACA: (Video) Dato Seri Vida Cium Mulut Cik B Undang Kecaman Netizen

Kredit: Instagram Dato Seri Vida

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Nini Hashim
Nini Hashim, bekas penulis separuh masa di Oh! Media, cemerlang dalam menghasilkan artikel berkaitan isu trending dan hiburan, menjadikan setiap penulisannya segar dan menghiburkan pembaca.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas