Connect with us

Oh! Media

(Video) Dato Seri Vida Cium Mulut Cik B Undang Kecaman Netizen

vida

Oh! Artis

(Video) Dato Seri Vida Cium Mulut Cik B Undang Kecaman Netizen

Usahawan terkenal, Dato Seri Vida baru-baru ini dikecam teruk oleh warga netizen hanya kerana mencium bibir anak perempuannya, Cik B.

ADVERTISEMENT

Perkara itu dilihat menerusi video yang dimuat naik di Instagram miliknya, Dato Seri Vida kelihatan cuba untuk memujuk Cik B yang merajuk dengannya kerana lebih memanjakan adiknya, Kacak.

vida

Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin dilihat enggan melayani pujukan ibunya.

Walau bagaimanapun, selepas usahawan terkenal itu menciumnya di bibir, Cik B mula tersenyum dan cuba bergurau senda dengan ibunya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memberi pelbagai reaksi dan ada juga yang kurang senang dengan perbuatan Dato Seri Vida mencium bibir anak perempunya kerana sudahpun berusia 18 tahun.

Malah, ramai juga netizen menegur usahawan terkenal itu kerana perbuatan itu tidak sesuai walaupun hubungan mereka adalah ibu dan anak.

vida

Dalam pada itu, ada juga segelintir pihak berharap agar Dato Vida lebih peka dan belajar lebih tentang pendidikan seksual dengan anak-anak.

BACA: “Kupley Kupley” – Reaksi Vida Diajak Pergi Konsert Coldplay Undang Tawa Netizen

Kredit: Instagram

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas