Connect with us

Oh! Media

Dibayar RM200 Berlakon Drama, Wan Maimunah Terkilan Dengan Pihak Produksi

Ohmedia wan Maimunah

Oh! Artis

Dibayar RM200 Berlakon Drama, Wan Maimunah Terkilan Dengan Pihak Produksi

Pelakon veteran, Wan Maimunah terkilan apabila hanya ditawarkan sebanyak RM200 sahaja untuk berlakon di dalam telefilem bulan lalu.

Menurut Wan Maimunah, isu pembayaran rendah kepada pelakon veteran ini masih lagi diluahkan beberapa pelakon veteran lain, tetapi sehingga sekarang ia masih lagi belum ada jalan penyelesaian.


Saya tidak merajuk dan masih sayangkan karier lakonan ini kerana sudah sebati dengan diri. Tapi, bila fikirkan bayaran tidak setimpal dan amat rendah, lebih baiklah saya duduk di rumah dan berehat. Rezeki Allah itu luas dan ada di mana-mana.

Cuma, rasa sedih itu membuat hati saya sebak mengenangkan RM200 saja ditawarkan untuk berlakon sebuah telefilem. Jumlah babak mesti banyak dan sudah tentu memenatkan. Tapi, tak apalah memang bukan rezeki saya.

Pelakon Gred A

Walaupun, dirinya dikatakan pelakon Gred A dan orang ramai melabelkanya begitu. Realitinya, hanya dia dan pihak produksi sahaja yang tahu jumlah bayaranya.

IKLAN

Saya tetap yakin Allah selalu bersama hamba-Nya yang tidak putus berdoa. Setakat ini untuk makan minum saya masih mampu diurus. Malah, kalau keluar makan di luar sekali-sekala pun, akan ada orang yang saya tidak kenali membayarnya.

Tahu-tahu saja sudah dibayar. Saya ucapkan terima kasih kepada mereka yang baik hati itu dan mendoakan agar terus dimurahkan rezeki. Sesungguhnya, Allah membantu kita dalam banyak cara yang tidak diduga.

Juga, pelakon veteran itu berkongsi dia sedia terima tawaran berlakon daripada pihak produksi yang mengikut kata hatinya dan berhasrat untuk bekerjasama seperti membintangi drama arahan Rashid Sibir.


Untuk tahun ini, saya ada membintangi drama arahan Rashid. Itu pun saya terima kerana kami sudah kenal lama sejak dia (Rashid) baru habis belajar di universiti dulu. Malah, saya pun dah banyak berlakon dengan Rashid sebelum ini.

Wan Maimunah berkata, akibat adanya diskriminasi tentang bayaran, dia sanggup terima tawaran daripada syarikat produksi baharu untuk berlakon filem pendek kerana bayarannya lebih bagus berbanding tawaran daripada syarikat produksi lama.

Kredit: Gempak

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Nini Hashim
Nini Hashim, bekas penulis separuh masa di Oh! Media, cemerlang dalam menghasilkan artikel berkaitan isu trending dan hiburan, menjadikan setiap penulisannya segar dan menghiburkan pembaca.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas