Connect with us

Trending

Tak Sempat Nak ‘Sambar’ Pelacur, Dua Beradik Diserbu Pihak Imigresen

Terbaru, dua beradik telah ditahan oleh pihak Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) kerana menempah pelacur di sebuah hotel di Melaka.

Menurut MalaysiaGazette, dalam serbuan tersebut, lelaki yang berusia 31 dan 30 tahun itu telah mendakwa mereka membayar RM250 setiap seorang bagi mendapatkan ‘layanan’ tersebut.

IKLAN

Kejadian ini berlaku kira-kira jam 10.30 malam, semalam. Ketika diserbu lelaki itu mengambil masa lebih 20 minit untuk membuka pintu bilik hotel bajet itu.

Difahamkan, kedua-dua beradik tersebut telah menempah perkhidmatan wanita warga Thailand itu di aplikasi WeChat, dan mereka juga mendakwa tidak sempat menggunakan ‘khidmat’ wanita itu.

Menerusi mesej WeChat saya diberi link aplikasi WhatsApp, saya hanya diberitahu lokasi, masa dan bayaran untuk mendapatkan perkhidmatan ini sebaik sampai sekitar 10 malam.

Memang tak sempat buat apa-apa apabila bilik diserbu penguat kuasa.

Sementara itu Pengarah JIM negeri, Anirwan Fauzee Mohd Aini berkata, seramai 11 orang lagi ditahan di tiga buah hotel bajet di sekitar Melaka Raya.

Selain itu, sembilan wanita warga asing ditahan masing-masing merupakan warga Indonesia, Thailand dan Vietnam berumur antara 25 hingga 37 tahun.

Kesemua mereka disyaki terlibat dalam kegiatan pelacuran selepas ditahan bersama dua lelaki tempatan yang juga adik-beradik dalam dua bilik berasingan bersama beberapa peket kondom, katanya lagi.

Menurut beliau kesemua yang ditahan melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155), kerana kesalahan tidak mempunyai permit sah dan Peraturan 39 (b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963 iaitu melanggar syarat pas,permit atau pas sempadan.

Jap!


Penulis separuh masa di OhMedia | Suka menjelajah dunia

Lagi dalam kategori Trending

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas