Connect with us

Oh! Media

Banyak Warga Asing Diselamatkan! Jadi Mangsa Layan Nafsu 35 Lelaki Sehari

Pelacur warga asing ohmedia

Oh! Tidak

Banyak Warga Asing Diselamatkan! Jadi Mangsa Layan Nafsu 35 Lelaki Sehari

Pada mulanya tawar kerja kosong sebagai operator kilang dengan gaji lumayan tapi tiba-tiba kena layan nafsu lelaki. Itulah apa yang berlaku kepada banyak pekerja warga asing yang menjadi mangsa dengan sindiket pelacuran di negara ini.

Memetik laporan Harian Metro, Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar telah melakukan satu operasi khas yang berjaya memberkas kegiatan lapan ahli Geng Bala.

Lima serbuan telah dijalankan di sekitar bandar raya Kulai pada 21 April hingga 1 Mei. Operasi itu berjaya menyelamatkan 13 wanita warga asing berusia 22 hingga 49 tahun yang menjadi mangsa.

IKLAN

Mangsa yang tolak permintaan diminta bayar ganti rugi?

Image 28

Mangsa kemudiannya diuruskan ejen pekerjaan termasuk tiket penerbangan dan pas lawatan untuk memasuki negara ini.

Apabila tiba di negara ini menerusi pintu masuk antarabangsa, mangsa akan diajar memasuki negara ini untuk tujuan melancong dan diberikan wang show money sebelum di bawa ke rumah transit.

Mangsa terpaksa menjadi pelacur dan hasil siasatan mendapati mereka terpaksa melayan sehingga 35 pelanggan sehari dengan bayaran antara RM100 hingga RM200 manakala untuk semalaman sebanyak RM300.

Sindiket ini juga akan meminta mangsa membayar ganti rugi sebanyak RM11,000 sekiranya menolak menjadi pelacur.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Oh! Podcast

Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25

OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM

Oh! Botcast

Dengarkan 5 berita paling popular sepanjang minggu ini melalui Botcast bersama AIsyah dan AIzat. Enjoice!


Popular Bulan Ini

Ke Atas