Connect with us

Trending

“Semua Orang Tengok Je” – Rider Dipuji Sanggup Tolong Tolak Kereta Rosak Seorang Diri

Baru-baru ini tular, video seorang penghantar makanan membantu menolak sebuah kereta yang rosak di tengah jalan.

Video itu dikongsi oleh seorang pengguna TikTok yang dikenali sebagai @cempakaberduri33.

IKLAN
@cempakaberduri33

thank you, bro. the good boy ..living in Malaysia is amazing. we are so blessed. Ini dinamakan serumpun #viralvideo #viral #berandatiktok @foodpanda Malaysia @foodpanda riders MY

♬ suara asli – Sadness🥀 – 𝐒𝐚𝐝𝐧𝐞𝐬𝐬🥀

Difahamkan, penghantar makanan yang berbangsa India itu dilihat telah menolak kereta itu seorang diri, sedangkan ketika itu orang lain hanya melihat sahaja.

Atas sebab kelakuan baiknya, pengguna TikTok tersebut meminta orang ramai untuk mencari rider berkenaan.

Tolong cari dan viralkan abang Foodpanda Indian ni sampai jumpa. Semua orang tengok je, tapi dia patah balik tolong girl dalam kereta tu tolak ke tepi jalan, tulisnya.

Di ruangan kapsyen, pengguna TikTok itu juga menyatakan ucapan terima kasih kepada rider tersebut.

Terima kasih, bro. Orang yang sangat baik. Tinggal di Malaysia ini sangat mengangumkan. Kita semua bersyukur dengan hal itu. Ini yang dinamakan serumpun.

Pelbagai reaksi telah ditunjukkan oleh warga maya di ruangan komen, ada yang memberi ucapan terima kasih dan ada juga di antara mereka menceritakan pengalaman diri yang hampir sama.

Jap!


Penulis separuh masa di OhMedia | Suka menjelajah dunia

Lagi dalam kategori Trending

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas