Trending
Polis Siasat Kes Wanita Rosakkan Kereta, Anggaran Kerugian RM25 Atau Lebih
Terdahulu, satu video tular di aplikasi X menunjukkan seorang wanita telah merosakkan sebuah kereta dipercayai di Taman Perling, Johor Baharu.
Video yang tular itu menujukkan wanita tersebut telah memecahkan cermin sisi sebelum memanjat dan memecahkan cermin belakang kereta itu.
Menerusi laporan Berita Harian, pihak polis sedang menjalankan siasatan lanjut tentang kes tersebut.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Balveer Singh Mahindar Singh berkata, pihaknya telah menerima satu laporan jam 12 tengah hari pada 5 Ogos lalu.
Kita mengesan satu video dimuat naik pemilik akaun X memaparkan adegan seorang wanita sedang merosakkan kereta dan siasatan sedang dijalankan selepas menerima laporan polis daripada seorang lelaki tempatan.
Difahamkan, kejadiaan ini menyebabkan kerugian bernilai RM25 atau lebih. Kes ini juga akan disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

Jap!
Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Berita Harian
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM