Connect with us

Oh! Media

Takut Dirakam? Ini Cara Kesan Kamera Tersembunyi

Artboard2b1png

Umum

Takut Dirakam? Ini Cara Kesan Kamera Tersembunyi

Ke mana sahaja kita pergi, perlu sentiasa berhati-hati. Lebih-lebih lagi apabila melancong ke lokasi bukan kebiasaan. Contohnya bilik hotel, bilik persalinan mahupun tandas yang memberi peluang kepada seseorang untuk merakam anda.
Naib Presiden Kanan, Perkhidmatan Responsif Keselamatan Siber, CyberSecurity Malaysia, Dr Aswami Fadillah Mohd Ariffin berkata terdapat dua kategori kamera tersembunyi yang perlu diketahui umum iaitu kamera mudah alih yang sering digunakan untuk intipan dan juga kamera tetap berwayar.
Menurutnya, cara untuk anda mengenal pasti kewujudan kamera mudah alih ialah mengenal pasti sesuatu di luar kebiasaan.

“Untuk kenal pasti kewujudan kamera adalah mengenal pasti sesuatu di luar kebiasaan seperti saiz perkakasan dan kedudukan perkakasan yang berkemungkinan mempunyai kamera mudah alih.
“Antara perkakasan yang sering digunakan ialah butang baju, pen, cermin mata, kunci kereta dan sebagainya,” tambahnya lagi.
Cara lain untuk mengesan kamera mudah alih ini ialah melalui pantulan menggunakan lampu suluh bagi mengesan kedudukan kamera tersebut.

IKLAN

Selain Itu, alat pengesan frekuensi radio seperti rangkaian kawasan setempat tanpa wayar (wi-fi) juga mampu mengesan kewujudan kamera tersebut kerana kamera mudah alih dihubungkan menggunakan hubungan tanpa wayar. 

Bagi mengesan kamera tetap pula agak mencabar kerana ia boleh disorok pada perkakasan seperti jam dinding, penghawa dingin, alat pencegah kebakaran atau apa-apa sahaja yang ada di kawasan terbabit.

Kamera ini agak bahaya kerana ia mempunyai fungsi infra merah yang boleh merakam video meskipun tanpa cahaya. Namun apabila dalam keadaan kawasan yang gelap, anda boleh mengesan kamera tersebut dengan menggunakan aplikasi pada telefon pintar atau alat kawalan jauh diri kerana kamera itu akan menghasilkan kerdipan LED apabila berinteraksi dengan telefon pintar anda.
Sumber : Awani

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Safiqri Safrudin
Safiqri, bekas Penulis Konten dan Ketua Multimedia di Oh! Media, yang bertanggungjawab mencipta pelbagai kandungan menarik eksklusif untuk platform Oh! Media. Kini, beliau meneruskan perjalanan kerjayanya sebagai seorang guru yang berdedikasi di Sarawak.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas