Connect with us

Oh! Media

Oh! Tidak

Permohonan Maaf Terbuka Kepada Dr. Nur Amalina Che Bakri

Berhubung dengan isu membabitkan satu artikel yang dimuatnaik oleh Oh! Media baru-baru ini, kami dengan rendah diri dan rasa penuh tanggungjawab ingin memohon maaf di atas kesulitan dan kesukaran yang perlu dilalui Dr. Nur Amalina Che Bakri sekeluarga.

Di dalam kesungguhan kami cuba untuk berkongsi pelbagai berita kepada rakyat Malaysia, adalah di luar niat & sangkaan kami ianya boleh mendatangkan reaksi yang kurang menyenangkan dari netizen terutamanya yang memberi kesan negatif kepada Dr. Nur Amalina Che Bakri, satu ikon yang amat kami & rakyat Malaysia hormati selama ini.

IKLAN

Justeru itu, beberapa tindakan segera telah dibuat antaranya;

  1. Artikel tersebut telah dipadam dari pembacaan umum pada 15 Disember 2022 dan tidak mungkin akan diterbitkan semula. Ini termasuklah di semua platform media sosial milik Oh! Media.
  2. Kami dengan hati yang terbuka menerima setiap teguran yang dibuat Dr. Nur Amalina Che Bakri di Twitter dan menyesali akan apa yang telah berlaku.
  3. Barisan penulis telah diberikan teguran serta nasihat untuk meningkatkan lagi penelitian dalam setiap artikel yang ditulis pada masa akan datang agar tidak lagi menghasilkan artikel dengan tajuk yang mengundang respon negatif dikalangan netizen di masa hadapan. Kami juga akan lebih teliti serta berhati-hati dalam usaha untuk menapis semua komen dari netizen dengan lebih baik.
  4. Kami juga berjanji tidak lagi akan menerbitkan sebarang artikel sensasi yang berkaitan dengan Dr. Nur Amalina Che Bakri pada masa akan datang.

Sekali lagi kami memohon maaf di atas kekhilafan yang berlaku ini dari Dr. Nur Amalina dan keluarga. Kami menjadikan perkara ini sebagai satu pengajaran terbesar untuk kami menjadi lebih matang dan lebih bertanggungjawab dalam menerbitkan berita pada masa akan datang.

Terima kasih.

Khai Hassan
Director of Oh Media Sdn Bhd.

Penjinak sepenuh masa di Oh! Media. Telah mencipta jenama ini sejak dari dalam perut mak lagi | Instagram

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Oh.. Hai awak 👋
Trending terus kepada anda

Rangkuman ini akan mengumpulkan semua berita pilihan penulis yang popular setiap hari dan terus dihantarkan kepada anda. Ianya percuma!

Kami tidak akan spam! Baca privacy policy kami.

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas