Connect with us

Oh! Media

Adik Ainul Sudah Sedar, Tak Perlukan Lagi Mesin Ventilator

Ainulmardhiah

Trending

Adik Ainul Sudah Sedar, Tak Perlukan Lagi Mesin Ventilator

Beberapa hari lalu, kita dikejutkan dengan berita adik Ainul Mardhiah yang dimasukkan ke hospital selepas terdapat jangkitan kuman di seluruh tubuhnya.

BACA: “Mula Dengan Muntah, Cirit Birit” – Keadaan Agak Kritikal Dan Tenat, Ibu Mohon Doakan Kesembuhan Ainul

Kini, adik Ainul dilaporkan sudah beransur pulih dan sedar sepenuhnya.

IKLAN

Tak perlukan lagi mesin ventilator

Berita baik itu disahkan oleh bapa Ainul sendiri, Ahmad Safiuddin menerusi satu hantaran yang dimuat naik di Facebooknya.

Saifuddin turut memaklumkan bahawa bacaan darah anaknya itu sudah kembali normal dan tidak lagi memerlukan bantuan mesin ventilator untuk bernafas.

Alhamdulillah, Ainul semakin baik. Dia dah sedar 100%.

Bacaan darah dia hampir normal semuanya. Ventilator dah off, ubatan pun banyak dah diberhentikan. Cuma Kuman masih ada lagi dan perlu teruskan antibiotik.

Dia turut mengucapkan ribuan terima kasih buat semua yang sudi mendermakan darah kepada anak ciliknya itu.

Hari ini Ainul kena tambah darah, terima kasih penderma-penderma darah. Orang seperti Ainul ni sangat perlukan darah tambahan, beruntung orang yang suka menderma darah ni.

Pahala anda sentiasa mengalir sebab telah berbuat ihsan sesama manusia.

Alhamdulillah, adik Ainul sudah semakin sembuh. Sama-sama kita doakan agar adik Ainul terus membesar dengan sihat, Aamiin.

Kredit: Facebook Ahmad Safiuddin

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

📩 Suka Artikel Ini?

Kami akan hantar 5 artikel paling viral setiap hari terus ke emel anda.
Percuma & jimat masa!

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Ilyasha Amirul
Ilyasha, bekas penulis sambilan di Oh! Media, mahir menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, meninggalkan impak melalui kandungan yang relevan dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas