Connect with us

Oh! Media

Trending

“Saya Redha” – Agak ‘Teruk’ Hari Ini, Bapa Kongsi Keadaan Terkini Ainul Mardhiah

Bapa kepada Ainul Mardhiah iaitu Ahmad Safiuddin berkongsi keadaan terkini anaknya selepas dilaporkan memberi respon positif beberapa hari lepas.

BACA: Adik Ainul Sudah Sedar, Tak Perlukan Lagi Mesin Ventilator

IKLAN

Menerusi perkongsian status di Facebook, Safiuddin berkata keadaan Ainul agak teruk hari ini selepas diserang sawan beberapa kali dalam tempoh tak sampai 12 jam.

Tambahnya lagi, keadaan Ainul kali ini kelihatan berbeza walaupun tanpa ada sebarang ubat tidur.

Hari ini, walaupun tanpa ada sebarang ubat tidur, keadaan Ainul sekarang seperti ditidurkan. Hanya bola mata saja Ainul mampu gerakkan. Badannya kaku.

Saya menangis semahunya sejak serangan berlaku tengah malam tadi. Saya tak dapat nak gambarkan apa yang saya rasa sekarang. Saya sangat sayang dengan Ainul.

Beliau memohon orang ramai mendoakan anak kesayangannya itu kembali sihat seperti sedia kala. Beliau bagaimanapun reda dan menyerahkan segalanya kepada Allah SWT.

Sekarang tiba masanya saya serahkan urusan ini kepada yang Hak untuk menentukan.

Ujar Safiuddin, hari ini doktor akan membuat imbasan CT Brain dan ultrasound di perut Ainul Mardhiah. Beliau berharap tiada apa yang serius menjadi penyebab kepada sawan anaknya semalam.

Kredit: Ahmad Safiuddin

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Trending Bulan Ini

Berita Trending Setiap Hari
Dihantar Terus Kepada Anda

Kami bantu himpunkan berita paling popular setiap hari dan dihantar ke emel anda secara percuma. Langgan'lah sekarang!

Kami tidak spam anda! Baca privacy policy kami.

Ohmedia Banner
Ke Atas