Connect with us

Oh! Media

“Saya Reda Dan Saya Dah Halalkan Anak Saya” – Kenyataan Disalah Erti, Bapa Ainul Mardhiah Mohon Maaf

Trending

“Saya Reda Dan Saya Dah Halalkan Anak Saya” – Kenyataan Disalah Erti, Bapa Ainul Mardhiah Mohon Maaf

Semalam, bapa kepada Ainul Mardhiah, Ahmad Safiuddin berkongsi keadaan kesihatan anaknya yang semakin merosot meskipun sudah tidak lagi memerlukan bantuan daripada mesin ventilator.

ADVERTISEMENT

BACA: “Saya Redha” – Agak ‘Teruk’ Hari Ini, Bapa Kongsi Keadaan Terkini Ainul Mardhiah

Terbaru, bapa kepada Ainul Mardhiah itu sekali lagi berkongsi keadaan anaknya yang dikatakan dalam keadaan yang semakin teruk menerusi laman Facebook.

Menurut Ahmad Safiuddin, adik Ainul terpaksa ditidurkan sekali lagi untuk mengelakkan daripada sawannya berulang kembali.

Hari ini Ainul di ventilate lagi dan ditidurkan bertujuan untuk kawal sawan dan rehatkan otaknya. Ainul nampak penat sangat lepas diserang sawan panas banyak kali. Hari ini, biar lah dia berehat.

Saya doa semoga Allah swt bukakan jalan dan bimbing para doktor cari punca masalahnya.

Safiuddin turut menambah bawah dia reda dan bersedia menerima sebarang kemungkinan yang bakal berlaku.

Kita usaha, kita doa dan akhir sekali, kita kena sedar bahawa Allah swt jua lah pemilik segala kesembuhan dan kesihatan. DIA kalau nak bagi, tidak ada satu tangan pun boleh halang.

Saya redha dan saya dah halalkan anak saya, namun saya tidak akan berputus asa dan tak akan berhenti berdoa.

Namun, kenyataan yang dibuat Ahmad Saifuddin itu disalah erti oleh segelintir netizen yang menganggap bapa kepada adik Ainul itu seolah-olah berputus asa dengan keadaan anaknya itu ketika ini.

Kenyataan disalah erti segelintir netizen, bapa Ainul mohon maaf

Susulan daripada itu, Saifuddin meninggalkan komen di hantaran yang dibuatnya itu dan menjelaskan maksud sebenar setiap bait ayat yang dikeluarkannya sebelum ini.

Saifuddin menjelaskan bahawa perkataan ‘reda dan halalkan’ yang dimaksudkannya bermaksud dia menyerahkan segalanya kepada Tuhan dan bukannya memaklumkan anaknya, Ainul sudah meninggal dunia.

Assalamualaikum, reda dan halalkan yang saya maksudkan tu adalah saya serahkan segala-galanya kepada Tuhan.

Bukan bermaksud saya give up atau nak ainul pergi. Saya harap semua faham maksud saya. Saya minta maaf jika ada yang salah faham dan ingat saya doakan Ainul supaya pergi.

Dalam pada itu, dia turut memohon maaf di atas kekhilafannya ketika memuatnaik hantaran tersebut dan menyatakan dia mungkin terlalu emosi dengan keadaan yang menimpa anaknya itu.

Saya minta maaf, bukan salah anda, ini salah saya sendiri. Saya tak cukup tidur 4 hari ni menyebabkan fikiran saya tidak “stabil”. Dan mungkin memuatnaik status dalam keadaan yang terlalu emosi dan sedih.

Jauh sekali saya minta Ainul pergi walaupun saya tak tahu sampai bila Ainul kena tahan macam tu. Saya doa dia sentiasa diberi kekuatan untuk bertahan.

Sama-samalah kita doakan agar adik Ainul Mardhiah cepat sembuh dan kembali sihat seperti biasa.

Kredit: Facebook Ahmad Safiuddin

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas