Connect with us

Oh! Media

Penduduk Selangor Boleh Membuat Pembayaran Zakat Tanpa Tunai Melalui Aplikasi Boost

Untitled2bdesign2b2528332529png

Umum

Penduduk Selangor Boleh Membuat Pembayaran Zakat Tanpa Tunai Melalui Aplikasi Boost

Semasa Perintah Kawalan Pergerakan, pembayaran secara atas talian adalah satu kaedah yang baik untuk mengekalkan jarak social. Ketua Pegawai Eksekutif Boost, Mohd Khairil Abdullah mengatakan yang Boost telah dilantik sebagai ejen rasmi pungutan zakat.

Syarikat dompet digital itu mengumumkan yang mereka telah bekerjasama dengan pihak Lembaga Zakat Selangor untuk membantu kita semua supaya menunaikan kewajipan secara mudah dengan membuat pembayaran zakat tanpa tunai. Boost juga mengatakan yang mereka akan menyediakan perkhidmatan sama untuk Lembaga Zakat Negeri Kedah dan Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Perseketuan nanti.

Penduduk di Selangor boleh membuat pembayaran zakat harta di aplikasi Boost dengan memilih menu ‘Zakat’. Pengguna juga boleh membuat pembayaran zakat fitrah dengan hanya perlu meletakkan nama, nombor kad pengenalan dan juga nombor telefon semasa membuat pembayaran nanti di menu zakat melalui aplikasi Boost.

IKLAN

Sumber : The Edge Market

+ Baca respon pembaca penduduk Selangor boleh membuat pembayaran zakat tanpa tunai di Facebook Oh! Media.

📩 Suka Artikel Ini?

Kami akan hantar 5 artikel paling viral setiap hari terus ke emel anda.
Percuma & jimat masa!

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas