Connect with us

Oh! Media

Ini Lokasi Yang Dipilih Untuk Pembukaan Taman Tema Upin & Ipin Pertama Di Dunia

Ohmedia upin ipin

Oh! Lifestyle

Ini Lokasi Yang Dipilih Untuk Pembukaan Taman Tema Upin & Ipin Pertama Di Dunia

Animasi Upin & Ipin cukup popular di kalangan kanak-kanak Malaysia mahupun negara jiran, Indonesia. Disebabkan itu, Les’ Copaque Production Sdn. Bhd. nampaknya akan tetap meneruskan untuk membuka sebuah taman tema Upin & Ipin yang telahpun dirancang sejak tahun 2014 lagi.

Hasrat pembukaan taman tema ini dikongsikan sendiri oleh Burhanuddin Md. Razi, pengasas Les’ Copaque yang akhirnya memilih Cyberjaya sebagai lokasi taman tema terbabit.

May be an image of 1 person, standing and text that says 'scabe MOU SIGNING CEREMONY BETWEEN CYBERVIEW & LES' COPAQUE LOCATION: EVENTSCAPE TIME :1030 AM- 1230 PM DATE 27 MAY 2022'

Ya, kami sudah temui tanah. Hari ini merupakan hari yang tidak dapat dilupakan bagi kami selepas menandatangani MOU dengan Cyberview Sdn. Bhd. untuk membina Taman Tema Upin & Ipin di Cyberjaya.

Sejak tahun 2014 kami mencari tapak yang sesuai untuk membina taman tema itu. Dari Selangor ke Perak hingga ke Johor dan akhirnya Cyberjaya. – Katanya.

284425327 5927394273942707 4124538710100624996 n

Burhanuddin menyatakan sekarang sudah bolehlah mereka mulakan kerja-kerja untuk memulakan projek ini dan menyakinkan pihak Cyberview bahawa taman tema ini dapat dibina dengan jayanya.

IKLAN

Setakat ini masih terlalu awal untuk kita jangkaan bila taman tema ini akan dibuka. Kita harapkan agar hasrat Les’ Copaque dapat tercapai dan mendapat sambutan apabila ia dibuka nanti.

Kredit: Facebook

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas