Connect with us

Oh! Media

Pandangan Kami Tentang Filem Lelaki Harapan Dunia

Branded

Pandangan Kami Tentang Filem Lelaki Harapan Dunia

Kalau nak bercerita tentang filem tempatan yang ‘deep’, susah sangat dah kita nak jumpa. Semua tak habis-habis filem lawak kosong, gangster, kongsi gelap dan pelbagai lagi yang langsung tak membina. Tapi nak salahkan penggiat filem tempatan pun tak boleh sebab mereka buat kerana permintaan. Itu yang ramai nak. Sampai dah masanya kot untuk rakyat Malaysia mula mengubah persepsi untuk menonton filem yang lebih membina dan bukannya sekadar hiburan kosong semata-mata.

Bercerita tentang filem Lelaki Harapan Dunia, fuh rasanya macam terlepas rindu dengan lambakan filem emas karyah Allahyarham Yasmin Ahmad semasa hayatnya dulu. Lepas tu memang tak banyak lagi filem-filem dengan wajah kemasyarakatan di Malaysia yang benar-benar mendalam sarat dengan mesej untuk penonton hayati dan fikirkan semasa mahupun selepas menonton.

Itulah yang bermain dalam fikiran kami di OhMedia sejak kali pertama menonton filem ini. So far dah 2 kali kami menonton Lelaki Harapan Dunia, masih ada beberapa perkara yang menjadi tanda tanya dan ada antaranya membuatkan kami senyum sendiri mengenangkan betapa hebatnya pengarah dan penulis skrip filem ini ‘memerli’ kehidupan orang kita di Malaysia ni. Mungkin ada yang pedih untuk menelan, tapi terimalah itu adalah hakikatnya apa yang berlaku.

Oh ya, filem Lelaki Harapan Dunia juga langsung tak ada heroin. Ini buktinya tak semestinya sesebuah filem itu perlu ada pelakon wanita yang hot hot untuk jadi sebuah filem yang baik. Tak semestinya perlu wujudkan adegan ranjang untuk box office! Dua pelakon yang kami ‘salute’ lepas menonton filem ini adalah Wan Hanafi Su dan juga Azhan Rani. Sungguh lakonan diorang ni hidup sikit tak nampak berlandaskan skrip mahupun arahan pengarah.

Jika anda seorang yang dah bosan dengan lambakan filem tempatan yang tipikal, filem Lelaki Harapan Dunia mungkin sebuah karya yang anda akan suka dan hargai. Ianya sedang ditayangkan di pawagam ketika ini dan pergilah menonton kerana terlalu banyak perkara yang perlu kita fikir-fikirkan bersama selepas menonton filem yang kami gelarkan sebagai ‘filem berkarya halus’ ini.

– KH

Comments

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas