Connect with us

Oh! Media

Messi Rupanya Pernah Pujuk Sadio Mane Tinggalkan Liverpool Dan Sertai Barcelona

Umum

Messi Rupanya Pernah Pujuk Sadio Mane Tinggalkan Liverpool Dan Sertai Barcelona

Pemain hebat dunia, Lionel Messi mendedahkan dia gagal untuk memujuk Sadio Mane meninggalkan Liverpool pada musim panas yang lalu.

ADVERTISEMENT

BACA: Paul Pogba Kenakan Tiga Syarat Buat Kelab Yang Mahukan Khidmatnya

Menurut laporan Mirror, Messi yang ketika itu dalam perbincangan untuk melanjutkan kontraknya di Barcelona, mahu memimpin barisan hadapan bersama-sama Mane di Camp Nou.

Messi memaklumkan kepada kelab yang berpangkalan di Catalunya itu bahawa mereka harus mendapatkan Mane sewaktu jendela perpindahan namun, pemain antarabangsa Senegal itu menolak untuk berpindah dari Anfield pada musim panas yang lalu.

Dalam pada itu, penasihat Mane, Bacary Cisse mendedahkan bahawa PSG juga ada mengadakan perbincangan dengan Liverpool menjelang perpindahan pemain itu ke Bayern Munich namun gagal selepas Pengarah Sukan PSG, Leonardo dipecat pada Mei yang lalu.

Ya, PSG turut mahukan Sadio Mane. Tetapi kedudukan Leonardo sebagai Pengarah Sukan PSG yang terumbang ambing ketika itu menyebabkan kita terpaksa menunggu.

Tahun lepas juga boleh berlaku dengan FC Barcelona dikatakan berminat dengan Mane selepas Lionel Messi meletakkan nama bekas pemain Liverpool dalam perjanjian untuknya menyambung kontrak bersama Barcelona.

Messi mahukan dua pemain iaitu Sadio Mane dan seorang pemain pertahanan tengah Argentina.

Untuk info, Sadio Mane baru sahaja menyelesaikan perpindahan bernilai £35 juta ke Bayern Munich awal bulan ini selepas mendedahkan bahawa dia mahu meninggalkan The Reds.

Kredit: Mirror

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas