Connect with us

Oh! Media

“Anak Kelantan Berhijrah Bukan Sebab Tiada Kerja, Tapi Memang Suka Merantau” – Timbalan MB Kelantan

Umum

“Anak Kelantan Berhijrah Bukan Sebab Tiada Kerja, Tapi Memang Suka Merantau” – Timbalan MB Kelantan

Sikap serta tradisi suka merantau yang ada dalam diri rakyat negeri Kelantan menjadi faktor kepada penghijrahan mereka, dan bukanlah disebabkan oleh kekurangan peluang pekerjaan di negeri itu. Itulah pandangan dikeluarkan oleh Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

ADVERTISEMENT

BACA: “Contoh Kalau Kita Besarkan Jalan Pun, Guna Setahun Sekali Tiada Makna Juga” – Timbalan MB Kelantan

Bukan itu sahaja, beliau mengatakan bahawa sikap sebahagian rakyat yang lebih cenderung untuk bekerja di bandar, selain ada juga yang bersikap memilih kerja merupakan sebab mereka memilih untuk berhijrah dan merantau meskipun peluang pekerjaan di negeri Cik Siti Wan Kembang itu banyak dan mencukupi.

Beliau yang ditemui Berita Harian turut berpendapat bahawa penghijrahan bukan saja berlaku di Kelantan tetapi ia juga berlaku di seluruh dunia.

Sifat orang Kelantan, terutama anak muda, memang suka merantau sama ada untuk mencari kerja atau apa saja aktiviti. Itu tidak boleh dinafikan.

Keluar dari negeri untuk bekerja bukan berlaku di Kelantan saja tetapi juga di seluruh dunia. Malah, beberapa bulan lalu, ada laporan bahawa kajian mendapati kira-kira 500,000 rakyat Malaysia bekerja di luar negara, jadi hendak kait macam mana itu?

Ada banyak peluang pekerjaan tetapi anak Kelantan lebih suka berada di luar (Kelantan)… mungkin rasa tidak ‘glamor’, ada juga yang memilih kerja.

Masih kekal dengan dasar panggung wayang tidak dibenarkan

Dalam pada itu, Datuk Mohd Amar menegaskan bahawa kerajaan negeri masih kekal dengan dasar tidak membenarkan pembukaan pawagam di Kelantan namun, bergantung pada perubahan semasa atau keperluan.

Ini kerana dasar boleh berubah. Masa Tok Guru (bekas Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) dulu, perempuan tidak boleh masuk bertanding musabaqah… (tetapi) selepas beberapa tahun, boleh pula.

Lagipun, isu pawagam menjadi besar selepas fenomena (filem) Mat Kilau saja. Habis fenomena itu, tidak ada apa-apa.

Apa pandangan orang Kelantan dengan kenyataan Datuk Mohd Amar ni?

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas