Connect with us

Oh! Media

Nama Digunakan, Ronaldo Selar ‘Penipuan’ Penganjur Ballon d’Or

Trending

Nama Digunakan, Ronaldo Selar ‘Penipuan’ Penganjur Ballon d’Or

Baru-baru ini, bintang Argentina, Lionel Messi telah dinobatkan sebagai pemenang Ballon d’Or dalam satu majlis di Paris untuk kali ketujuh sepanjang karier bola sepaknya.

ADVERTISEMENT

BACA: Ronaldo Dibaling Botol Coca-Cola Semasa Aksi Menentang Perancis

Penyerang pasukan Paris Saint Germain (PSG) itu berjaya menewaskan pesaing terdekat iaitu pemain Bayern Munich, Robert Lewandowski yang berada di tempat kedua manakala pemain Chelsea, Jorginho berada di tempat ketiga.

Untuk rekod, kali terakhir Messi memenangi anugerah berprestij ini adalah pada tahun 2019 selain meraihnya pada tahun 2009, 2010, 2011, 2012 dan 2015.

Pemain berusia 34 tahun itu dinobatkan sebagai pemenang selepas membantu negaranya menjuarai Piala Copa America selain meledak 40 gol sepanjang musim 2021.

Ronaldo selar penganjur Ballon d’Or, anggap nama digunakan untuk raih publisiti

Hasil kemenangan itu, sudah pasti ramai akan tertumpu kepada pemain bintang Manchester United, Cristiano Ronaldo yang merupakan ‘rival’ utama Messi dalam anugerah tersebut sebelum ini.

Menurut sumber, keputusan akhir Ballon d’Or menyaksikan Ronaldo sekadar menduduki tempat keenam dari sepuluh pemain yang dicalonkan untuk memenangi anugerah itu.

Bagaimanapun, pemain berusia 36 tahun itu telah menyelar penganjur majlis tersebut, Paskal Ferre yang mendakwa dia berbohong mengenai persaingannya dengan Messi dan menggunakan namanya untuk meraih publisiti.

Hal itu selepas Ferre mengeluarkan dakwaan yang menyatakan Ronaldo mahu memenangi lebih banyak Ballon d’Or berbanding Messi sebelum bersara.

Kenyataan Pascal Ferre minggu lalu mengatakan saya me­ngaku kepadanya yang cita-cita saya adalah untuk menamatkan karier dengan memenangi Ballon d’Or lebih banyak daripada Lionel Messi.

Dia berbohong! Dia menggunakan nama saya untuk mempromosikan dirinya dan penerbitan yang dia bekerja.

Sentiasa menghormati serta ucap tahniah kepada pemenang

Selain itu, Ronaldo yang tidak hadir dalam majlis tersebut berasa terkilan serta tidak boleh menerima dakwaan daripada seseorang yang bertanggungjawab dengan anugerah seperti itu.

Dia juga turut mengakui sentiasa menghormati serta mengucapkan tahniah kepada pemenang bagi menerapkan semangat kesukanan dan fair play dalam bola sepak.

Atas dasar semangat kesukanan dan fair play, saya sentiasa mengucapkan tahniah kepada mereka yang menang dan saya lakukannya kerana saya tidak pernah menentang sesiapapun.

Tambahnya, cita-citanya hanya tertumpu untuk sentiasa menang untuk diri sendiri, kelab, pasukan kebangsaan dan peminat selain mahu menjadi contoh terbaik kepada mereka yang mahu menjadi pemain profesional.

Mengakhiri catatannya, tumpuan utamanya buat masa sekarang adalah bagi membantu pasukannya, Manchester United dalam mengharungi musim kali ini.

Kredit: ESPN I Instagram Ronaldo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas