Connect with us

Oh! Media

Angkara ESL, UEFA Bakal Beri Gelaran Juara Kepada PSG

Umum

Angkara ESL, UEFA Bakal Beri Gelaran Juara Kepada PSG

Belum reda berkaitan cadangan penganjuran liga Super Eropah (ESL) yang menjadi pendebatan oleh peminat bola sepak di seluruh dunia, terkini, UEFA bakal memberikan gelaran juara Liga Juara-Juara Eropah kepada Paris Saint Germain, PSG dan sedia menyingkirkan Chelsea, Manchester City dan Real Madrid dari kejohanan itu.

ADVERTISEMENT

Hal ini berlaku kerana ketiga-tiga kelab tersebut dikatakan menyokong penubuhan liga baharu tersebut selain turut bersedia untuk menendang Arsenal dan Manchester United dari separuh akhir Liga Europa selepas kelab gergasi England itu turut menyokong penubuhan liga baharu tersebut.

Presiden UEFA, Aleksander Caferin melabelkan perancangan liga itu sebagai ‘Ular’ yang ‘Meluduh ke muka peminat bola sepak’ selain mengancam akan menghalang bintang England dan negara lain termasuk Harry Kane, Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi daripada kejohanan Euro 2020 mahupun Piala Dunia.

Ceferin yang mengakui marah dengan sikap tamak dan mementingkan diri 12 kelab berkenaan, yang terdiri daripada Manchester United, Manchester City, Arsenal, Chelsea, Tottenham Hotspur, Real Madrid, Barcelona, Atletico Madrid, Juventus, AC Milan dan Marseille yang dikatakan bersetuju dengan penubuhan ini dan bakal menyertai ESL.

Jika kelab-kelab berkenaan bersetuju menyertai liga tersebut, mereka juga turut dilarang daripada bermain dalam kejohanan di bawah UEFA termasuklah Liga Juara-Juara (UCL), Liga Europa (UEL), Super Cup, dan sebagainya selain turut mengharamkan pemain yang menyertai liga ESL daripada menyertai kejohanan negara di bawah UEFA.

Pemain yang akan bermain bersama pasukan yang mungkin beraksi dalam liga tertutup akan diharamkan daripada bermain di Piala Dunia dan Euro serta tidak boleh mewakili negara mereka dalam mana-mana perlawanan.

Kami masih memantau situasi berkenaan bersama pasukan undang-undang kami. Kami akan menggunakan semua kuasa yang boleh dan akan memberitahu anda secepat mungkin jika kami mendapat jawapan jelas.

Mereka perlu diharamkan secepat mungkin daripada semua kejohanan dan pemain tidak boleh beraksi daripada semua kejohanan kami.”

Ditanya sama ada langkah berkenaan akan berkuatkuasa untuk sepanjang musim ini dan kemudian musim panas nanti, Ceferin berkata bahawa beliau akan menyingkirkan kelab berkenaan daripada bermain dalam kejohanan di bawah UEFA.

Perkara ini baharu buat kami. Kami mungkin naif kerana tidak sedar ada ular dekat dengan kami tapi kini kami tahu dan akan mengatasinya, dan akan mengambil tindakan undang-undang tidak lama lagi.”

Setakat ini, peminat bola sepak di seluruh dunia masih tertunggu-tunggu akan kesudahan ‘perbalahan’ ini dan sudah semestinya penubuhan liga baharu ini akan memberikan kelebihan dan keburukan kepada dunia bola sepak antarabangsa.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas