Connect with us

Oh! Media

Penjaga Gol Terkejut, Messi Tiba-Tiba Datang Minta Tukar Baju

85a8c9b7 709e 4a47 bd73 74a07c0627aa

Oh! Inspirasi

Penjaga Gol Terkejut, Messi Tiba-Tiba Datang Minta Tukar Baju

Lionel Messi baru-baru ini telah menyebabkan seorang penjaga gol Elche, bernama Edgar Badia terkejut selepas dia dikatakan datang meminta untuk bertukar jersi dengan penjaga gol itu.

Edda433b a5ec 4101 8052 19c53c5135ca

Pada mulanya, legenda Argentina yang berusia 33 tahun itu dikatakan telah menjaringkan dua gol pada separuh masa kedua untuk meletakkan Barcelona di kedudukan selesa sebelum meraih kemenangan 3-0 di Nou Camp.

Gol pertamanya telah masuk ke penjuru gawang lawan selepas menerima hantaran daripada Martin Braithwaite.

IKLAN

Messi kemudiannya pula menjaringkan lagi gol yang kedua dengan bergaya menerusi larian solo.

Jordi Alba selepas itu menambah lagi gol ketiga untuk memastikan skuad bimbingan Ronald Koeman meraih tiga mata penuh.

Pada awalnya, Badia dikatakan ada meminta Messi untuk memberikan jersey yang dipakai oleh Messi itu kepadanya.

Namun siapa sangka selepas saja tamat perlawanan, Messi secara tiba-tibanya telah datang untuk bertukar dan menghadiahkan jersi keramat bernombor 10 miliknya itu kepada Badia.

1e4803f2 93eb 4008 99cd 66cc3fc20b9b

Badia dikatakan terkejut kerana tidak menyangka jika Messi mahu bertukar jersey dengannya. Tanpa berfikir panjang Badia dilihat terus membuka jersinya dan memberikan kepada Messi. 

0048b8fe 10d0 4e19 982c d16a5dd6dd91

Selepas itu mereka berdua dilihat tersenyum sesama sendiri, bersalaman dan menuju ke arah yang berlainan.

Kredit: Planetfootball

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Inspirasi

Ke Atas