Connect with us

Oh! Media

Kerajaan AS Mula Beroperasi – Donald Trump Kalah

Oh! Negara

Kerajaan AS Mula Beroperasi – Donald Trump Kalah

Akhirnya Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump terpaksa akur dengan tekanan politik untuk menamatkan krisis penutupan operasi kerajaan sementara.

ADVERTISEMENT

Trump juga telah tewas setelah menyaksikan gagal menerima peruntukan AS$5.7 bilion iaitu sebanya RM23.3 bilion seperti yang dimintanya daripada Kongress bagi membina tembok sempadan di sepanjang AS-Mexico dan ini sekaligus memberi kemenangan politik kepada Parti Demokrat.

Trump berkata, beliau amat bangga untuk mengumumkan perjanjian membiayai kerajaan sehingga 15 Februari dan akan menandatangani rang undang-undang dalam waktu terdekat bagi membuka semula jabatan kerajaan yang ditutup sejak 22 Disember lalu.

Antara lain persetujuan itu termasuk pemberian gaji kepada le­bih 800,000 penjawat awam yang ‘dikerah’ untuk bekerja dalam tempoh shutdown.

“Saya cukup bangga untuk mengumumkan bahawa kita berjaya mencapai kesepakatan untuk meng­akhiri shutdown dan membuka kembali operasi agensi kerajaan Persekutuan,” katanya, semalam.

Trump berkata, shutdown akan disambung semula pada 15 Februari ini sekiranya beliau tidak berpuas hati dengan hasil rundingan keselamatan di sempadan yang dibuat jawatankuasa persidangan antara Kong­res dan Senat.

“Selepas 15 Februari, saya akan sekali lagi memujuk Dewan Kongres yang kini dikuasai Parti Demokrat untuk meluluskan pembiayaan dana bagi pembinaan tembok itu,” katanya.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas