Connect with us

Oh! Media

“Kami Nak Wayang” – Kecewa Tak Dapat Tengok Mat Kilau, Rakyat Gesa Kerajaan Negeri Kelantan Benarkan Operasi Panggung Wayang

Oh! Tidak

“Kami Nak Wayang” – Kecewa Tak Dapat Tengok Mat Kilau, Rakyat Gesa Kerajaan Negeri Kelantan Benarkan Operasi Panggung Wayang

Disebabkan terlalu kecewa tidak dapat menonton filem Mat Kilau, terdapat segelintir penduduk di negeri Kelantan sanggup untuk ke Terengganu bagi menonton filem Mat Kilau arahan Syamsul Yusof.

ADVERTISEMENT

BACA: “Allah Maha Pemberi Rezeki” – Tak Gentar Filem Diboikot, Syamsul Yusof Syukur Mat Kilau Terima Tempahan Tiket Tertinggi

Tindakan itu sanggup dibuat kerana sehingga ke hari ini, panggung wayang masih lagi tidak dibenarkan untuk beroperasi di negeri Cik Siti Wan Kembang itu.

Menurut seorang penduduk, Mohd. Azwar Sharifuddin, 41, yang ditemui Utusan Malaysia memaklumkan bahawa dia dan rakan-rakannya sanggup untuk menaiki kenderaan selama tiga jam ke Terengganu sebagai tanda sokongan kepada filem yang mempunyai ‘aura’ bangsa Melayu yang terlalu kuat.

Saya berharap kerajaan negeri dapat mengkaji semula cadangan untuk membuka kemudahan (panggung wayang) itu di negeri ini.

Kalau nak buat secara patuh syariah pun, kami sedia. Ia secara tidak langsung memberi ruang kepada kami untuk menonton filem bersama-sama keluarga.

Sementara itu, Ahmad Fikeri, 42, berpendapat bahawa kerajaan negeri harus memberi peluang kepada rakyat negeri Kelantan untuk menikmati hiburan, tetapi berlandaskan syariat Islam.

Saya tidak kisah menonton wayang seorang diri dan tempat duduk antara lelaki dan wanita diasingkan. Apa pun, kami sebagai rakyat Kelantan mahukan pawagam di negeri ini.

Kerajaan harus melihat dari perspektif positif dengan kewujudan pawagam ini secara tidak langsung mampu merancakkan lagi perkembangan ekonomi di negeri ini.

Seorang lagi penduduk Mohammad Aswady Adenan, 41, yang turut ralat kerana tidak dapat menonton filem Mat Kilau berpandangan bahawa kerajaan negeri Kelantan perlu jadikan negeri Terengganu sebagai contoh yang mampu mewujudkan serta membenarkan panggung wayang untuk beroperasi.

Bayangkanlah, saya perlu ambil masa perjalanan tujuh hingga lapan jam hanya hendak ke Kuala Lumpur dan lebih tiga jam hanya untuk ke Kuala Terengganu jika mahu menonton filem Mat Kilau.

Jadi, saya harap kerajaan negeri dapat melihat isu ini dan melihat dari sudut positif berhubung pembinaan pawagam di Kelantan.

Untuk info, Kerajaan Kelantan bertegas untuk tidak membenarkan panggung wayang beroperasi di negeri tersebut.

Kredit: Utusan Malaysia

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas