Connect with us

Oh! Media

“Allah Maha Pemberi Rezeki” – Tak Gentar Filem Diboikot, Syamsul Yusof Syukur Mat Kilau Terima Tempahan Tiket Tertinggi

Oh! Artis

“Allah Maha Pemberi Rezeki” – Tak Gentar Filem Diboikot, Syamsul Yusof Syukur Mat Kilau Terima Tempahan Tiket Tertinggi

Pasti ramai yang mengetahui mengenai isu membabitkan pelakon dan pengarah berbakat, Syamsul Yusof dan isterinya, Puteri Sarah yang ketika ini dikatakan mempunyai masalah rumah tangga kerana orang ketiga.

ADVERTISEMENT

BACA: Puteri Sarah Terima Banyak Khabar Angin Dakwa Suaminya Sudah Bertunang, Ini Responnya

Ekoran daripada itu, terdapat khabar angin yang memaklumkan terdapat segelintir warganet yang ingin memboikot sebarang karya yang dihasilkan pengarah filem KL Gangster itu.

Mereka lupa, mereka bukan Tuhan

Terbaru, menerusi Instagramnya, Syamsul yang juga merupakan anak kepada penerbit dan pengarah, Datuk Yusof Haslam memaklumkan dia sama sekali tidak gentar sekiranya ada yang ingin memboikot karyanya kerana yakin dan bergantung sepenuhnya kepada Allah SWT.

Walau segelintir ingin memboikot filem, memboikot saya ‘Lets cancel Syamsul Yusof’ & iri kejayaan dari Allah.

Namun mereka lupa, mereka bukanlah Tuhan. Aku hanya bergantung pada Mu yg SATU ya Rabbi. Tiada yang Lain. Engkaulah tuhanku ya Allah. Maha pemberi rezeki. Aku redha.

Syamsul yang baru sahaja melancarkan filem terbarunya, Mat Kilau turut meluahkan rasa syukurnya selepas filem yang mula ditayangkan semalam itu mendapat tempahan tiket tertinggi mengalahkan filem ‘Hollywood’ dan filem dari negara asing.

Dengan lafaz bismillah, Mat Kilau ditayangkan hari ini di seluruh Malaysia, Singapura, Brunei. Tiket boleh dibeli secara dalam talian di TGV/GSC/MBO. Beli awal sebelum habis.

Setakat ini, pihak panggung maklumkan Mat Kilau menjadi filem yang mendapat tempahan tiket tertinggi (sebelum ditayangkan) mengalahkan filem Hollywood & filem negara asing.

Untuk info, filem Mat Kilau merupakan filem terbaru arahan Syamsul Yusof yang menampilkan Dato’ Adi Putra, Fattah Amin, Beto Khusyairi, Yayan Ruhian dan Johan As’ari sebagai pelakon utama.

Betul lah apa yang Syamsul cakap tu, rezeki itu datangnya dari Allah SWT. Bukannya dari cakap-cakap orang yang nak memboikot tu.

Kredit: Instagram syamsulyusoffilm

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas