Connect with us

Oh! Media

Cubaan Penyokong England ‘Sabotaj’ Kasper Schmeichel Menjadi

Oh! Tidak

Cubaan Penyokong England ‘Sabotaj’ Kasper Schmeichel Menjadi

Perlawanan awal pagi tadi menyaksikan England mara ke aksi Final Euro 2020 dalam masa tambahan mengatasi Denmark dengan kemenangan 2-1.

ADVERTISEMENT

Namun perlawanan itu dicemari oleh penyokong yang tidak bertanggungjawab apabila terdapat individu bertindak menyuluh laser dengan cubaan mengganggu penjaga gol Denmark, Kasper Schmeichel.

Memetik laporan Berita Harian, ITV menunjukkan laser berwarna hijau di bahagian muka Schmeichel ketika sedang berdepan sepakan penalti daripada Harry Kane.

Namun, perkara itu tidak disedari oleh Schmeichel yang menyelamatkan percubaan pertama sepakan penalti itu sebelum Harry Kane menyempurnakan gol akibat kegagalan Schmeichel menangkap kemas bola berkenaan.

Ketika kejadian tersebut berlaku, pengacara ITV, Mark Chapman mengutuk keras perbuatan penyokong England itu.

“Satu perkara kita dapat lihat ketika Harry Kane mahu mengambil penalti dan ia langsung tidak boleh diterima dan bodoh…lihat, seseorang memiliki pen laser di tempat duduk.

“Sesiapa sahaja dia, dia adalah bodoh, lelaki atau perempuan dan kita harap ia tidak mengganggu Kasper Schmeichel kerana ia sesuatu yang bodoh dan dia tidak berhak menerima sesuatu seperti itu.”

England yang menamatkan kemarau 55 tahun mereka mara ke final Euro 2020, akan bertemu Itali awal pagi ahad ini di Stadium Wembley.

Kredit : BeritaHarian

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas