Connect with us

Oh! Media

“Sayalah ‘Keeper’ Itali” – Telatah Zizan Razak Akui Muka Seiras Donnarumma Cuit Hati Netizen

Oh! Artis

“Sayalah ‘Keeper’ Itali” – Telatah Zizan Razak Akui Muka Seiras Donnarumma Cuit Hati Netizen

Awal pagi tadi kita telah disajikan dengan aksi final Euro 2020 melibatkan pasukan England dan Itali yang mana kemenangan berpihak kepada Itali selepas menang melalui penentuan sepakan penalti. Lebih manis apabla penjaga gawang Itali, gianluigi donnarumma menjadi wira pasukan selepas berjaya menyelamatkan dua penalti England sekaligus berjaya membantu pasukannya menjuarai pertandingan tersebut.

ADVERTISEMENT

Sudah semestinya penjaga gawang itu mendapat pujian daripada pelbagai pihak atas aksi cemerlangnya dan baru-baru ini Donnarumma Malaysia telah mendapat pujian daripada netizen melalui laman Instagram miliknya. Namun, bukanlah Donnarumma Itali, tetapi selebriti Zizan Razak yang turut dipuji oleh sebab wajahnya yang iras-iras dengan penjaga gawang tersebut.

Pelawak tanah air, Zizan Razak telah dihujani dengan ucapan dari peminat-peminatnya oleh sebab mempunyai wajah seiras dengan penjaga gawang itu selain turut disakat semasa beliau melakukan bicara langsung di Instagramnya pagi tadi.

Bicara Langsung Zizan Razak
Tangkap layar hantaran video dimuat naik Zizan Razak melalui Instagram miliknya.

Nama saya sekarang ialah Zizan Ruma. Semua orang kenal saya. Saya adalah penjaga gol Itali. Ramai yang ucap tahniah kepada saya.

Menurut video tersebut juga, telatah zizan yang cuba meniru cara percakapan orang Itali dengan membalas komen yang diberikan oleh pengikut-pengikutnya berjaya mencuit hati netizen di pagi hari.

Zizan Razak wajah seiras Donnarumma

Tidak terlepas juga, ramai dalam kalangan pengikutnya turut melakukan hantaran di Instagram Story masing-masing sambil mengeteg nama Zizan Razak berserta ucapan tahniah selepas menyelamatkan penalti pemain England.

Zizan yang kini dalam perjalanan ke Terengganu bagi mengikuti sesi bantuan dengan kerjasama Badan Bukan Kerajaan (NGO) Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) untuk menyerahkan bantuan kepada golongan yang layak untuk menerima bantuan.

Setakat ini, video bicara langsung yang dimuat naik Zizan Razak di Intagram miliknya telah ditonton sebanyak 80,000 lebih dan mendapat lebih daripada 15,000 tanda suka.

Kredit: Zizan Razak I Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Artis

30 Hari Paling Trending

Ke Atas