Connect with us

Oh! Media

Eriksen Bakal Terima Jersi Khas England Daripada Harry Kane

Umum

Eriksen Bakal Terima Jersi Khas England Daripada Harry Kane

Harry Kane akan menghadiahkan jersi England dengan nama rakan sepasukannya di Liga Perdana Inggeris, Christian Eriksen dibelakang jersi tersebut sebelum aksi separuh akhir Euro 2020 awal pagi khamis ini.

ADVERTISEMENT

Kapten pasukan England itu memberikan jersi tersebut kepada kapten Denmark, Simon Kjaer memandangkan Eriksen tidak dapat beraksi pada perlawanan separuh akhir akibat serangan jantung.

Eriksen mengalami serangan jantung di padang ketika beraksi menentang Finland pada aksi pembukaan Euro 2020 tempoh hari.

Walaupun kehilangan tonggak utama mereka, Denmark tidak menganggap insiden berkenaan sebagai suatu masalah malah menaikkan semangat mereka menentang England di stadium Wembley.

Kane yang merupakan rakan sepasukan Eriksen di Tottenham Hotspur berkata: “Saya bercakap dengannya mengenai kejadian berkenaan dan mengucapkan agar dia segera pulih.

“Dia menghantar mesej ringkas kepada saya mengatakan yang dia OK. Ia kejadian yang menyentuh emosi bukan saja kepada dirinya tetapi juga buat keluarganya.

“Saya pasti dia akan bersorak untuk saya pada Rabu (awal pagi esok). Kami tahu kejadian itu menyatukan Denmark dan memberi motivasi kepada mereka. Kami perlu kekal fokus.”

Pada masa yang sama, Itali akan menentang Sepanyol pada aksi separuh akhir lain pada awal pagi ini.

Kredit : BeritaHarian

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas