Trending
Wanita Kemurungan Tak Sedar Jatuh Perigi Sedalam 10 Meter
Seorang wanita yang terjatuh ke dalam perigi sedalam hampir 10 meter telah berjaya diselamatkan oleh Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia di Felcra Bukit Tandak.
Menerusi laporan Harian Metro, mangsa yang berusia 58 tahun itu ditemukan dalam keadaan sedang bersandar dan kedua-dua kakinya bertahan pada gegelung konkrit bagi mengelak terjatuh ke dalam air.
Menerusi maklumat daripada anaknya, wanita itu mengalami kemurungan dan perlu sentiasa dipantau.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rantau Panjang Shapawi Stapa berkata, pihaknya telah mendapat panggilan kecemasan pada jam 5.29 pagi.
Sepasukan anggota dari BBP kemudian bergegas ke lokasi untuk menyelamakan wanita berkenaan.
Shapawi Stapa memaklumkan, mereka menggunakan tali untuk membawa mangsa keluar dari perigi sebelum diserahkan kepada pihak kesihatan untuk diberi rawatan lanjut.
Mangsa berada dalam keadaan menggigil ketika diselamatkan, selain mengaku bahawa dia tidak sedar yang dia turun ke dalam perigi terbabit sehinggalah sampai ke permukaan air. Dia kemudian menjerit meminta tolong sebelum didengari oleh anaknya.
Shapawi juga menasihatkan supaya orang ramai sentiasa peka dengan keadaan sekeliling, terutama ahli keluarga yang mempunyai kemurungan supaya tidak berlaku perkara seperti ini.

Jap!
Baca dulu respon netizen di Facebook…
Rujukan kami: Harian Metro
Amyrul Bakhtiar Kongsi Kisah Hidup Sebelum Viral Dan Lagu Raja Gelek Perodua | Oh! Podcast Ep26
OH! MEDIA 24/04/2026 7:45 PM