Connect with us

Oh! Media

Kemurungan Lepas Kematian Isteri, Anak Sanggup Bakar Rumah Ibu Bapa

Trending

Kemurungan Lepas Kematian Isteri, Anak Sanggup Bakar Rumah Ibu Bapa

Seorang lelaki di Indonesia dikenali sebagai Sunarko, telah membakar rumah orang tuanya sendiri kerana mengalami kemurungan selepas kematian isterinya.

Menerusi laporan kompas.com, abang ipar Sunarko berkata kejadian itu diketahui oleh orang kampung kira kira jam 4:30 (waktu Malaysia).

IKLAN

Sejak isterinya meninggal dunia dua minggu lalu, Sunarko seperti mengalami tekanan dan ingin membakar rumah ibunya, kata abang ipar Sunarko.

Orang kampung cuba untuk memadamkan api tersebut tetapi ianya marak dengan cepat sehingga membuatkan rumah dan kandang kambing musnah.

Difahamkan juga tiada korban jiwa dalam kebakaran yang berlaku, penduduk kampung berjaya menyelamatkan ibu bapa Sunarko yang berada di dalam rumah tersebut.

Setelah kejadian, Sunarko dibawa ke hospital untuk pemeriksaan kesihatan mental.

Untuk sementara waktu ibu bapa Sunarko memilih tinggal bersama abang iparnya.

Jap!


Kongsikan artikel ini:

Lagi dalam kategori Trending

Oh! Podcast

Tonton di YouTube

Popular Bulan Ini

Ke Atas