Connect with us

Oh! Media

(Video) Wanita Terkejut Kelibat ‘Anak Dinosaur’ Terakam Di CCTV

Anak Dinosaur

Trending

(Video) Wanita Terkejut Kelibat ‘Anak Dinosaur’ Terakam Di CCTV

Dinosaur merupakan haiwan pra sejarah yang dipercayai wujud berjuta-juta tahun yang lalu yang dikenali dengan tubuh yang besar serta menakutkan. Jika benar dinosaur pernah wujud dan pupus ketika dahulu, syukurlah kita pada zaman ini tidak terasa terancam jika kewujudan mahluk pembunuh masih kekal hingga sekarang.

Walaupun dinosaur sudah dikatakan pupus sejak berjuta-juta tahun dahulu, lain pula ceritanya apabila seorang wanita yang berasal dari Florida, Amerika Syarikat, yang dikenali sebagai Cristina Ryan dikatakan melihat kelibat seekor ‘anak dinosaur’ berlari di halaman rumahnya terakam melalui Kamera Keselematan Litar Tertutup (CCTV).

Video yang memaparkan ‘Anak Dinosaur’ itu kini menjadi pendebatan antara netizen di laman media sosial yang mana haiwan tersebut melintasi rumah wanita tersebut pada pukul 4 pagi.

IKLAN

Memetik laporan Daily Mail, haiwan berkaki empat beserta ekor yang panjang itu jelas terakam dalam CCTV milik wanita tersebut.

Lembaga itu kelihatan seperti ‘anak dinosaur’ jenis velociraptor kerana cara haiwan itu berjalan menggunakan dua kaki belakang sama seperti yang saya tonton dalam filem popular Jurassic Park.

Freepressjournal 2020 05 dabd912d 0fdb 45e0 8b1d bd152c264e40 ev6qtr5xqaa7kxc
Dinosaur jenis Velociraptor yang dikatakan mirip dengan haiwan yang terdapat dalam video tersebut

Cristina berkata, dia memuat naik video berkenaan di media sosial dan ada yang memberi pendapat bahawa mahluk itu adalah burung. Tetapi ia tidak munasabah kerana haiwan tersebut mempunyai dua kaki kecil di bahagian badannya.

Terdapat juga komen yang mengatakan bahawa haiwan itu adalah sejenis burung yang mirip dengan dinosaur dan kerap dijumpai di Florida.

Benar atau tidak, terpulang kepada anda untuk menilai kesahihan video tersebut.

Kredit: Kosmo!, Daily Mail

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas