Connect with us

Oh! Media

Trending

Suntikan Vaksin Di AS Ada Promosi Dapat Percuma Ganja

Demi memastikan lebih ramai rakyat keluar mendapatkan vaksin Covid-19, kerajaan Amerika Syarikat telah melakukan satu promosi besar-besaran dengan memberikan ganja secara percuma.

Kempen ini dipanggil ‘Joints for Jab’ dan ia ternyata berjaya menarik minat orang ramai untuk mendapatkan suntikan.

IKLAN

Kempen ini turut mendapat sambutan dari semua peruncit selepas Lembaga Minuman keras dan Ganja Negeri (LCB) dalam satu kenyataan mengajak mereka semua untuk membantu menjayakan kempen berkenaan.

Banyak lagi promosi lain yang dilakukan AS selepas penerima vaksin secara sukarela semakin berkurang dan wujud golongan yang takut serta tidak percaya dengan vaksin.

Negeri lain di AS ada juga yang menawarkan hadiah loteri bagi penerima vaksin yang bernilai sehingga USD$ 250,000.

Setakat ini, sebanyak 51.1 peratus penduduk Washington telah menerima satu dos vaksin dan mereka mensasarkan sebanyak 70 peratus.

Kredit: The Washington Post

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Trending Bulan Ini

Berita Trending Setiap Hari
Dihantar Terus Kepada Anda

Kami bantu himpunkan berita paling popular setiap hari dan dihantar ke emel anda secara percuma. Langgan'lah sekarang!

Kami tidak spam anda! Baca privacy policy kami.

Ohmedia Banner
Ke Atas