Connect with us

Oh! Media

Lelaki Selamat Selepas Berdepan Detik Cemas Ditelan Ikan Paus

Oh! Tidak

Lelaki Selamat Selepas Berdepan Detik Cemas Ditelan Ikan Paus

Ikan paus dikenali sebagai mamalia laut yang terbesar di muka bumi dan juga merupakan ‘raja’ di lautan oleh sebab saiznya yang besar yang mampu menelan apa-apa sahaja yang lebih kecil darinya. Tetapi, pernahkah anda terfikir apakah akan terjadi jika manusia ditelan ikan paus?

ADVERTISEMENT

Kejadian serupa berlaku kepada seorang lelaki yang berasal dari Amerika Syarikat apabila dia melalui detik cemas apabila seekor paus jenis Kelasa atau humpback whale telah menelannya selama 30 saat sebelum memuntahkannya kembali.

Menurut Daily Star, lelaki berkenaan yang dikenali sebagai Michael Parkard, 56, berasa bersyukur kerana masih selamat selepas ditelan ikan paus yang ketika itu dia sedang mengutip udang galah di Pinggir Laut Provincetown, Massachustts.

Memberitahu tentang kejadian tersebut, Parkard ketika itu sedang mengutip udang galah yang dipancingnya di pinggir laut itu sebelum pandangannya secara tiba-tiba menjadi gelap.

Parkard pada asalnya berasa kehairanan tidak mengambil masa yang lama itu menyedari bahawa dia telah ditelan oleh sesuatu seperti ikan jerung putih, tetapi dia turut berasa pelik kerana dia tidak merasakan seperti gigi tajam di sekeliling badannya.

Lalu Parkard terus terlintas bahawa dia sebenarnya telah ditelan oleh ikan paus dan sedang perlahan-lahan menuju ke perut ikan tersebut.

Saya dapat merasakan paus itu sedang menelan saya dan saya sedang bergerak perlahan-lahan dalam perutnya.

Pada ketika itu, saya hanya mampu berfikir, baiklah, sudah tiba masanya untuk saya mati.

Keadaan Parkard selepas dirawat di pusat perubatan Provincetown (Sumber: Daily Star)

Walaubagaimanapun, Parkard berasa bersyukur kerana kira-kira 30 saat selepas itu, paus tersebut timbul di permukaan dan kemudian memuntahkan kembali parkard selepas ikan tersebut gagal menghadap lelaki itu sebelum ditarik kembali oleh rakannya, Josiah Mayo ke dalam bot mereka.

Parkard kemudiannya dibawa ke pusat perubatan Provincetown dan dirawat akibat kerosakan tisu lembut pada kakinya dan tiada kecederaan parah seperti patah tulang dilaporkan.

Kredit: Kosmo!, Daily Star

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas