Connect with us

Oh! Media

Tak Nak Orang Lain Tertipu, Lelaki Ini Panggil Polis Uji Ketulenan Dadah Yang Dibelinya

Trending

Tak Nak Orang Lain Tertipu, Lelaki Ini Panggil Polis Uji Ketulenan Dadah Yang Dibelinya

Pelik tapi benar, itulah yang berlaku di Spring Hill, Florida apabila seorang lelaki menghubungi talian 911 untuk mendapatkan bantuan pihak polis menguji ketulenan dadah yang dibelinya.

ADVERTISEMENT

BACA: Nia Ramadhani Dedah Punca Terjebak Dadah, Kecewa Dianggap Tak Layak Sedih Kerana Kaya

Memetik laporan portal Vann Digital, Thomas Eugene Colucci menelefon polis kira-kira jam 7 malam minta datang ke rumahnya.

Call talian 911

Dia memberitahu baru sahaja beli dadah jenis methamphetamine (syabu) daripada seorang pengedar di sebuah bar tempatan.

Dia meragui ketulenan dadah itu dan menyangka ianya hanyalah garam mandian. Dia mengaku sebagai penagih berpengalaman dan tahu rasa sebenar dadah itu.

Tak mahu orang lain tertipu

Setibanya pihak polis di rumahnya, dia telah menyerahkan dua beg berisi dadah untuk diuji. Hasil ujian mendapati dadah adalah tulen.

Colucci beritahu pegawai dia mahu dadah diuji sebab tak nak orang lain tertipu dan beli dadah palsu.

Dia juga mahu pengedar yang menipunya ditangkap kerana jual dadah merbahaya. Tetapi dia gagal memberikan sebarang maklumat mengenai pengedar itu.

Tindakannya itu mengundang padah apabila dia akhirnya ditahan pihak berkuasa di atas kesalahan mengambil dan memiliki dadah.

Pejabat Syerif Hernando County berkata, penagih yang lain juga boleh memanggil mereka untuk menguji tahap ketulenan dan ianya PERCUMA sahaja.

Kredit: Vann Digital

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas