Connect with us

Oh! Media

Video Tanah Perkuburan Dikecam, Abang Youtuber Tampil Sekolahkan Netizen

Trending

Video Tanah Perkuburan Dikecam, Abang Youtuber Tampil Sekolahkan Netizen

Baru-baru ini tular sebuah isu yang mana seorang Youtuber Malaysia, Aisar Khaledd yang telah membuat konten melibatkan pemergian Allahyarham Siti Sarah.

ADVERTISEMENT

BACA: Youtuber Mohon Maaf Lepas Dikecam Tak Sensitif Buat Content Ziarah Kubur Siti Sarah

Menerusi video berdurasi 10 minit yang dimuat naik itu, Aisar dilihat menziarahi hanya di luar pintu pagar tanah perkuburan sambil mengulas tentang pemergian arwah.

Selain itu, dia juga turut menawarkan wang tunai sebanyak RM100 berdasarkan peraduan yang disediakan dalam video tersebut.

Walaubagaimanapun, dia telah pun memohon maaf selepas videonya itu mendapat kecaman yang hebat dari netizen yang menyifatkan tindakannya itu tidak menghormati pemergian arwah.

Abang Youtuber tampil bersuara

Tidak tahan kecaman yang diterima adiknya walaupun sudah memohon maaf, abang kepada Aisar tampil bersuara tentang isu yang tular itu.

Video itu telah dikongsikan oleh seorang pengguna di laman Twitter bernama @adlinilyanaa, yang diambi dari Insta Story individu berkenaan.

https://twitter.com/_adlinilyanaa/status/1425300228152782859

Menerusi video itu, individu berkenaan menyatakan bahawa adiknya hanya berada di hadapan pagar dan tidak pun masuk ke tanah perkuburan.

Dia juga turut mempersoalkan tindakan netizen yang mengecam Aisar selain menyifatkan adiknya hanya membuat konten untuk pengajaran.

Apa masalah korang dekat adik aku? Adik aku buat apa sampai korang kelam kabut sangat.

Adik aku buat konten untuk pengajaran saja. Nak kelam kabut kenapa? Benda boleh chill.

Dia dah pun minta maaf

Selain itu, individu tersebut turut meminta agar netizen bertenang kerana adiknya sudah pun meminta maaf.

Dia juga menasihati netizen berkenaan dosa sesama individu yang jika tidak dimaafkan, akan menanggung masalah itu walaupun sudah memohon maaf kepada Allah swt.

Kalau korang buat dosa dengan orang, orang tak maafkan sampai bila-bila. Kalau minta maaf dengan Allah pun tak jalan, kecuali minta maaf dekat orang tu.

Walaubagaimanapun, meninjau pada ruangan komen pada Instagram Oh! Media, rata-rata netizen turut mengecam individu tersebut selain menyifatkan perkara melibatkan kematian tidak perlu dibuat konten, sebaliknya dihormati.

Apapun, kita sebagai masyarakat khususnya umat islam perlulah menghormati antara satu sama lain dan tidak menjadikan kematian seseorang sebagai tempat untuk menaikkan nama sendiri.

Salam takziah diucapkan kepada keluarga Shuib atas pemergian Isterinya. Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman. Amin.

Kredit: Twitter @adlinilyanaa I Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas