Connect with us

Oh! Media

Youtuber Mohon Maaf Lepas Dikecam Tak Sensitif Buat Content Ziarah Kubur Siti Sarah

Trending

Youtuber Mohon Maaf Lepas Dikecam Tak Sensitif Buat Content Ziarah Kubur Siti Sarah

Di Twitter, seorang youtuber dikecam tidak sensitif kerana mengeluarkan video menziarahi kubur penyanyi terkenal, Siti Sarah yang baru meninggal dunia semalam. Orang ramai yang masih bersedih dengan kehilangan penyanyi itu, mendakwa youtuber berkenaan mengambil kesempatan untuk meraih populariti.

ADVERTISEMENT

BACA: Shuib Akui ‘Cemburu’ Dengan Pemergian Allahyarham Siti Sarah

Dalam perkongsian yang dimuat naik pengguna Twitter Ashraf Suhaimi, dia seakan tidak dapat ‘menghadam’ bagaimana isu sebegini boleh dijadikan content oleh sesetengah orang. Dia turut mempertikaikan di mana sensitiviti individu tersebut yang merakam kawasan kubur hanya untuk meraih penonton.

Mendapat lebih 12k retweet dan 16k tanda suka, orang ramai turut mengecam perlakuan melampau Youtuber ini. Mereka turut membuat laporan kepada pihak Youtube agar video tersebut diturunkan dengan kadar segera.

Youtuber mohon maaf

youtuber

Berikutan kecaman yang diterima orang ramai, Youtuber ini difahamkan telah memadam video di Youtube serta membuat permohonan maaf. Dia telah mengakui kesalahan kerana tidak berfikiran jauh sebelum memuat naik video tersebut.

Kredit: Twitter Ashraf Suhaimi

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas