Connect with us

Oh! Media

(VIDEO) Seorang Wanita ‘Sekolahkan’ Dato’ Vida Isu Malas Berusaha

Dato' Vida kena sekolah

Trending

(VIDEO) Seorang Wanita ‘Sekolahkan’ Dato’ Vida Isu Malas Berusaha

Sejak kebelakangan ini, kebanyakkan rakyat Malaysia sedang menghadapi kesempitan hidup kerana kekurangan wang dan keperluan harian untuk meneruskan kehidupan disebabkan oleh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). 

ADVERTISEMENT

Baru-baru ini kecoh di media sosial apabila seorang usahawan kosmetik, Dato’ Seri Vida menjawab komen seorang pengguna yang meminta bantuan daripadanya kerana ingin membeli susu dan lampin bayi.

Dato’ Vida memberi ulasannya yang mengatakan masyarakat jangan bergantung kepada bantuan daripada orang lain semata-mata, sebaliknya harus berusaha sendiri untuk mencari duit seperti adik yang berniaga di tepi jalan di dalam videonya.

Oleh itu, seorang wanita bernama Geethaji1 membalas video Dato’ Vida dengan memuat naik video di laman media sosial TikToknya.

Wanita berkenaan berkata, mungkin ada orang sudah berusaha sehabis baik, mungkin juga keadaan orang yang terdesak memaksa mereka untuk meminta bantuan daripada orang lain.

Tinjauan di ruangan komen pula mendapati, rata-rata netizen bersetuju dengan ulasan dan komen yang diberikan oleh wanita ini untuk DSV.

Ada juga netizen yang memuji wanita yang berbangsa India ini fasih berbahasa Melayu dengan loghat Kelantan.

Kredit : Geethaji1

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Penulis sepenuh masa di Oh! Media berkaitan isu-isu menarik dan yang pasti terkini

Lagi dalam kategori Trending

30 Hari Paling Trending

To Top