
Trending
(Video) Cepat-Cepat Masuk Rumah Ambil Kasut, Cara Lelaki Ini Hargai Rider Dipuji
Oleh
Sikap prihatin merupakan sesuatu yang sangat dituntut dalam diri seseorang. Saling bertimbang rasa dan membantu memudahkan urusan orang lain terbukti satu tindakan mulia yang wajar diberi pujian.
BACA: Sayu Lihat Pekerja Solat Beralaskan Zink, Tindakan Wanita Ini Dipuji
Seperti perkongsian pengguna TikTok Erine Rahim ini, suaminya dengan baik hati menghadiahkan sepasang kasut kepada rider yang menghantar barangan ke rumahnya.
Difahamkan, kondisi kasut yang dipakai penghantar barangan itu sudah lusuh membuatkan suaminya cepat-cepat masuk rumah mengambil kasut yang sesuai.
Menurut Erine Rahim lagi, dia sangat terharu melihat cara penghantar barangan itu menyambut kasut pemberian suaminya. Suaminya sempat berpesan agar menggunakan kasut itu untuk bekerja.
Di ruangan komen, rata-rata daripada pengguna TikTok memuji tindakan prihatin suaminya itu. Menurut mereka, kandungan sebegini sangat wajar didedahkan untuk dijadikan contoh kepada orang lain.
Mereka turut mendoakan semoga pasangan ini sentiasa dimurahkan rezeki.
Kredit: TikTok Erine Rahim
