Connect with us

Oh! Media

Sayu Lihat Pekerja Solat Beralaskan Zink, Tindakan Wanita Ini Dipuji

Cover Photo Om 1200 X 675   2021 09 24t202342657

Oh! Islam

Sayu Lihat Pekerja Solat Beralaskan Zink, Tindakan Wanita Ini Dipuji

Sebagai seorang Muslim, adalah sangat penting untuk kita mencari tempat kerja yang mudah untuk keluar solat. Perkara itu tidak menjadi masalah kerana kebanyakan majikan memahami tuntutan solat lima waktu yang wajib dilakukan.

Seperti perkongsian ini, seorang wanita yang dikenali sebagai Wendy Gwen tersentuh melihat tukang yang datang bekerja di rumahnya solat hanya beralaskan zink. Mereka solat di hadapan pagar dalam keadaan panas.

Solat
242770645 4118020414991166 1478234304582199373 n 1
242754996 4118020538324487 4830966607632307356 n 1

Terkejut melihat situasi itu, dia segera meminta suaminya memasang kanopi dan meletakkan sebidang tikar kecil yang bersih.

IKLAN

Menurutnya, apa yang dilihatnya itu benar-benar menginsafkan. Walaupun berbeza agama, dia yakin itu merupakan teguran Tuhan supaya dia melaksanakan tanggungjawab.

242756059 4118020401657834 111299966540207473 n
242748446 4118020561657818 1189622515216202700 n

Wanita ini turut meninggalkan pesanan supaya tidak melihat seseorang berdasarkan taraf sosial semata-mata. Dia berasa sangat bersalah kerana tidak bertanya mengenai keperluan mereka terlebih dahulu.

Apa-apa pun tindakan yang dilakukan wanita ini wajar dipuji. Terbaik!

Kredit: Dewi Almeera Ashalina

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Islam

Ke Atas