
Trending
Tunang Curang Dengan Rakan Sekerja Punca Tak Jadi Kahwin, Pengantin Lelaki Jelaskan Situasi Sebenar
Tular di media sosial video memaparkan majlis persandingan yang sepatutnya berlangsung penuh meriah bertukar menjadi doa selamat.
BACA: Pengantin Perempuan Tarik Diri Saat Akhir, Ibu Sebak Umum Ketika Majlis Berlangsung
Ini disebabkan pengantin wanita membatalkan perkahwinan sebulan sebelum majlis. Menurut pengantin lelaki dikenali sebagai Adam, tunangnya telah menyerahkan semula cincin pada penghujung bulan 8.
Jadi proses membatalkan majlis pernikahan bermula dari awal September sehinggalah pertengahan September.
Katanya, pihak lelaki akan menanggung kerugian yang banyak jika membatalkan majlis disebabkan bayaran sudah dibuat.
Pihaknya juga tidak akan menerima ‘refund’ kerana pembatalan dibuat saat-saat akhir.
Dalam sesi live TikTok yang disaksikan 13,000 orang itu, Adam turut menjelaskan punca sebenar tunangnya membatalkan majlis pernikahan.
Senang cerita ia melibatkan orang ketiga di mana pihak perempuan ada berkenalan dengan orang ketiga, satu tempat kerja. Sampai situ saja saya boleh cakap.
Ketika mendapat tahu tunang berlaku curang, Adam dikatakan masih memaafkan dan mahu meneruskan perkahwinan.
Namun, pada penghujung bulan 8 pihak perempuan sendiri datang berjumpa dengan keluarga untuk memulangkan cincin pertunangan.
