Connect with us

Oh! Tidak

Pengantin Perempuan Tarik Diri Saat Akhir, Ibu Sebak Umum Ketika Majlis Berlangsung

Tular di media sosial, kisah menyayat hati seorang ibu yang sebak ketika mengumumkan majlis perkahwinan anak lelakinya yang terpaksa dibatalkan kerana pengantin perempuan menarik diri pada saat-saat akhir.

Menerusi perkongsian di TikTok oleh pengantin lelaki, Adam, video tersebut memaparkan ibunya menangis ketika memberitahu para tetamu bahawa perkahwinan itu telah dibatalkan hanya beberapa hari sebelum majlis berlangsung.

IKLAN

Dengan berat hati saya dan keluarga ingin memberitahu, atas sebab-sebab tertentu, pengantin perempuan telah membatalkan perkahwinan ini pada saat akhir, yang mana segala persiapan majlis di sebelah kami telah pun siap sepenuhnya.- Jelas ibunya.

Majlis ditukar kepada doa selamat…

Walaupun perkahwinan dibatalkan, keluarga Adam memilih untuk meneruskan majlis memandangkan segala persiapan telah dilakukan. Adam memutuskan untuk mengubah majlis tersebut menjadi majlis doa selamat, yang diketuai oleh ustaz dan anak-anak dari maahad tahfiz.

Saya tidak dapat membatalkan majlis kepada jemputan kerana ketika itu saya tidak mempunyai kekuatan.- Kata Adam.

Dia turut menyatakan bahawa dia tidak sanggup menjawab soalan-soalan dari tetamu tentang pembatalan perkahwinan tersebut.

Netizen simpati dengan pengantin lelaki. Cadang saman pihak pengantik perempuan…

Di ruangan komen, rata-rata netizen bersimpati dengan nasib Adam dan keluarganya yang terpaksa menanggung malu kerana keputusan sepihak dari pengantin perempuan.

Ada juga yang mencadangkan agar keluarga Adam mengambil tindakan undang-undang untuk memberi pengajaran kepada pihak pengantin perempuan.

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: TikTok


Sayalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang selalu temani awak di saat susah nak tidur tu. Nak tahu apa yang terkini dan viral boleh cari nama abang ok!

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas